Human Trafficking Policy - Malay

Pernyataan Dasar
Tentang Pemerdagangan Manusia dan Perhambaan

Kelly Services, Inc., serta subsidiarinya, ("Kelly") mempunyai dasar tiada tolak ansur terhadap pemerdagangan manusia. Dasar ini mencakup, namun tidak terbatas pada, aktiviti berkaitan pemerdagangan seperti berikut:

  • Terbabit dalam apa jua bentuk pemerdagangan manusia, iaitu perjalanan diatur atau dipermudahkan bagi sesiapa sahaja dengan tujuan mengeksploitasinya;
  • Menyediakan perlakuan seks komersial dalam melaksanakan apa jua pekerjaan;
  • Menggunakan buruh paksa dalam melaksanakan apa jua pekerjaan atau memaksa sesiapa sahaja untuk melakukan kerja atau aktiviti dengan ugutan menghukumnya;
  • Memusnahkan, menyembunyikan, merampas, atau dengan cara lain melarang pekerja daripada mengakses dokumen pengenalan atau imigresen miliknya, seperti pasport atau lesen memandu, tidak kira siapa pihak berkuasa pengeluarnya;
  • Menggunakan amalan yang mengelirukan atau menipu semasa merekrut calon/pekerja atau menawarkan pekerjaan;
  • Menggunakan ejen pekerjaan yang tidak mematuhi undang-undang buruh setempat untuk merekrut pekerja di sesebuah negara.
  • Mengenakan bayaran untuk merekrut pemohon/calon/pekerja;
  • Tidak menyediakan pengangkutan pulang atau membayar kos pengangkutan pulang di akhir tempoh pekerjaan, bagi pekerja bukan warga negara di tempat pekerjaan dilakukan yang dibawa ke negara itu untuk mengerjakan kontrak Kerajaan Amerika Syarikat atau subkontraknya (jika sebahagian kontrak dilakukan di luar Amerika Syarikat), kecuali pekerja itu dibenarkan di sisi undang-undang untuk tetap berada di negara pekerjaan itu dan memilih untuk berbuat begitu, atau jika agensi yang berkenaan mengecualikan syarat ini;
  • Tidak menyediakan pengangkutan pulang atau membayar kos pengangkutan pulang di akhir tempoh pekerjaan, bagi pekerja bukan warga Amerika Syarikat yang dibawa ke Amerika Syarikat untuk mengerjakan kontrak Kerajaan Amerika Syarikat atau subkontraknya, jika pembayaran kos sedemikian diwajibkan dalam program pekerja sementara yang sedia ada atau sejajar dengan perjanjian bertulis dengan pekerja itu (jika sebahagian kontrak dilakukan di luar Amerika Syarikat), kecuali pekerja itu dibenarkan di sisi undang-undang untuk tetap berada di negara pekerjaan itu dan memilih untuk berbuat begitu, atau jika agensi yang berkenaan mengecualikan syarat ini;
  • Menyediakan atau mengaturkan tempat kediaman yang tidak memenuhi taraf perumahan dan keselamatan negara tuan rumah; dan
  • Jika diwajibkan di sisi undang-undang atau kontrak, tidak menyediakan kontrak pekerjaan, perjanjian pekerjaan, atau dokumen kerja lain yang diwajibkan dan dalam bahasa yang difahami pekerja.

Kelly tidak membenarkan dan tidak akan membenarkan pekerja, subkontraktor, vendor, pembekal, atau entiti lain yang berurus niaga dengan Kelly terbabit dalam apa jua bentuk pemerdagangan manusia dan aktiviti di atas.

Kelly melarang perbuatan balas dendam terhadap sesiapa yang mengemukakan aduan atau melaporkan pelanggaran yang disyaki terhadap dasar ini. Pekerja atau pihak lain yang melanggar dasar ini akan dikenakan tindakan disiplin sewajarnya oleh Kelly, termasuk, tetapi tidak terbatas pada, memaklumkan pelanggaran itu kepada pegawai kerajaan, apabila diwajibkan di sisi undang-undang atau kontrak, serta pemberhentian kerja. 

Apa jua pelanggaran yang disyaki harus dilaporkan dengan segera melalui Program Pelaporan Perilaku Perniagaan dan Etika Kelly di nombor 1.877.978.0049 atau https://www.integrity-helpline.com/kellyservices.jsp atau bagi Eropah, https://www.financial-integrity.com/kellyserviceseu.jsp. Tata Laku Perniagaan dan Etika Kelly serta Pernyataan Dasar Tanggungjawab Sosial Korporat Kelly merupakan antara dasar tambahan Kelly yang menegakkan komitmen Kelly kepada tanggungjawab sosial dan etika.