CONTACT US

    Pernyataan Privasi

    Kelly Services, Inc. dan anak-anak syarikatnya menghormati privasi anda dan kami maklum bahawa anda ada hak-hak yang tertentu terhadap maklumat peribadi yang kami kutip daripada anda dan kami ada kewajipan yang tertentu terhadap maklumat itu. Kelly Services menyokong semua undang-undang privasi pada peringkat antarabangsa dan tempatan, dan menyediakan prosedur untuk memenuhi syarat undang-undang tersebut. 

    Pernyataan Privasi ini menyokong prinsip-prinsip privasi kami dan memberitahu anda amalan yang kami ikuti untuk mengutip, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon atau menggunakan perkhidmatan mencari pekerjaan atau mencari khidmat luar kami dan yang menjadi wakil pelanggan (termasuklah bakal pelanggan), pemberi khidmat dan pembekal kami. 

    Kami galakkan anda membaca maklumat ini supaya anda memahami cara kami mengutip, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda. 

    Pernyataan privasi ini juga merangkumi kumpulan syarikat kami. Setiap syarikat di dalam kumpulan ini adalah pengawal data. Nama syarikat dan maklumat tentang syarikat itu boleh didapati melalui pautan ini: Nama Syarikat dan Maklumat tentang Kelly Services, Inc. (semua sekali disebut, “Kelly Services atau “Kelly”). Oleh itu, apabila kami menyebut “Kelly Services”, “Kelly” atau “kami” dalam pernyataan privasi ini, kami merujuk kepada syarikat yang berkenaan dalam kumpulan syarikat kami yang bertanggungjawab memproses maklumat peribadi anda. Kami akan memberitahu anda entiti yang akan mengawal data peribadi anda.

    Kelly Services, Inc ialah pengawal yang bertanggungjawab menguruskan soalan-soalan am dan aplikasi-aplikasi yang spekulatif. Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing: Kelly Services (Nederland) B.V., Neptunusstraat 37, 2132 JA Hoofddorp, Netherlands. 

    Jika kami mengubah apa-apa sahaja yang penting di dalam pernyataan ini (maklumat yang kami kutip, cara kami menggunakannya atau sebab kami menggunakannya), kami akan menyatakan perubahan itu di ruangan Sejarah Perubahan pada penghujung Pernyataan Privasi ini dan menyediakan pautan yang nyata ke perubahan itu selama suatu tempoh yang berpatutan, selepas perubahan itu dibuat dan sebelum perubahan itu dikuatkuasakan. 

    Jika anda ingin bertanya, hubungi Pegawai Perlindungan Data secara:

    E-melprivacy@kellyservices.com

    Surat-menyurat: Kelly Services, Inc. di Amerika Syarikat boleh dihubungi di alamat 999 W. Big Beaver Road Troy, MI 48084.

    Kelly Services, Inc., di Eropah boleh dihubungi melalui anak syarikatnya, Kelly Services Management Sàrl di alamat Av. Edouard-Dubois 20, CH-2002Neuchâtel, Switzerland.

    Maklumat perhubungan bagi negara-negara tambahan boleh didapati melalui pautan ini: Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc.

    Maklumat Yang Kami Kutip

    Kelly mengutip, menyimpan dan menggunakan data peribadi untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja, mencari pekerjaan, mencari khidmat luar dan perundingan. Kami mengutip data peribadi tentang orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon pekerjaan atau penglibatan dengan syarikat kami atau penempatan oleh kami melalui perkhidmatan kami mencari pekerja, pekerja kami dan pihak yang menjadi wakil pelanggan kami (termasuklah bakal pelanggan). Kelly tidak akan sengaja menujukan perkhidmatannya mahupun mendapatkan, menjual atau mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada kanak-kanak yang belum mencapai usia 16 tahun.

    Kebanyakan data ini anda berikan sendiri kepada kami apabila anda menghubungi kami, menyerahkan permohonan, menghadiri acara pencarian pekerja, menelefon kami, bertanya tentang perkhidmatan kami atau mengadakan hubungan dengan kami sebagai pemberi khidmat luar atau pekerja.

    Kami juga mengutip data tentang orang yang diambil sebagai pekerja atau yang dilibatkan oleh pelanggan kami sehubungan dengan perkhidmatan mencari khidmat luar dan perundingan yang kami sediakan untuk pelanggan tersebut.  Ini biasanya diperoleh melalui interaksi kami dengan pelanggan, pembekal dan pemberi khidmat.

    Apabila anda berinteraksi dengan laman web atau aplikasi Kelly, kami mengutip data tentang interaksi anda dengan perkhidmatan tersebut, contohnya melalui cookie yang kami tempatkan pada alat yang anda gunakan itu.

    Kami memberikan butir-butir selanjutnya di bawah ini tentang jenis data peribadi yang kami kutip (dan yang telah kami kutip dalam masa 12 bulan yang lepas), simpan dan gunakan, serta sebab kami menggunakan data peribadi anda. 

    Maklumat Selanjutnya

    Data peribadi yang kami kutip

    Sebab kami menggunakan data peribadi anda

    Asas Undang-undang untuk Memproses

    Maklumat yang anda beri kami semasa proses pendaftaran dan sepanjang hubungan kita apabila anda memohon pekerjaan dengan kami atau mengambil khidmat kami untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja atau memadankan pekerjaan sama ada secara dalam talian, bersemuka atau telefon, termasuklah: 

    • Pengenal pasti: Nama dan maklumat perhubungan – termasuklah alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan data perhubungan seumpamanya.
    • Pendidikan, sejarah pekerjaan dan kelayakan – termasuklah sejarah pendidikan, sejarah pekerjaan, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan, pentauliahan atau lesen profesional, keahlian dalam organisasi profesional, minat kerjaya, kesukaan, kelayakan, maklumat yang diberikan melalui rujukan dan maklumat lain yang ada pada resume anda.
    • Maklumat Kewangan termasuklah maklumat yang berkait dengan akaun bank, kedudukan percukaian, manfaat dan rekod senarai gaji anda.
    • Ciri-ciri Pengelasan Terlindung – termasuklah kerakyatan dan taraf kebenaran bekerja, serta kandungan dokumen pengenalan lain yang diserahkan kepada Kelly untuk tujuan permohonan atau pekerjaan.
    • Maklumat Peribadi yang Sensitif – termasuklah nombor pengenalan pekerja atau nombor keselamatan sosial dan/atau lesen memandu, pasport atau nombor pengenalan kebangsaan dan kandungannya.
    • Data media sosial yang berkaitan dengan pekerjaan – termasuklah maklumat yang diambil daripada dan yang berkaitan dengan profil yang disiarkan secara awam yang anda buat pada pelantar media sosial yang berkait dengan pekerjaan dan pada papan kenyataan pekerjaan (contohnya LinkedIn, Monster atau Indeed);
    • Data tentang prestasi dan pekerjaan – termasuklah maklumat di dalam fail peribadi yang disimpan oleh Kelly, penilaian prestasi, pentaksiran dan tindakan tatatertib. Untuk mendapatkan butir-butir tambahan tentang privasi pekerja, pekerja dalaman hendaklah membaca dasar-dasar dalaman yang berkenaan. 

    Kami menggunakan data peribadi ini untuk: 

    • menjalinkan, menguruskan dan memelihara hubungan seseorang dengan kami;
    • menilai kestabilan seseorang dari segi pekerjaan dan mengambil khidmatnya sebagai pekerja;
    • memadankan calon pekerjaan dengan jawatan yang sesuai;
    • menawarkan calon pekerjaan penempatan di syarikat pelanggan kami;
    • merujuk seseorang sebagai pekerja kepada salah satu pelanggan kami;
    • menyampaikan perkhidmatan mencari pekerjaan secara amnya kepada orang ramai;
    • menunaikan kewajipan kami sebagai majikan sehubungan dengan kontrak pekerjaan dan kewajipan lain yang berkenaan dengan kami menurut undang-undang pekerjaan yang berkuat kuasa;
    • menguruskan hubungan pekerjaan dengan seseorang, antara lainnya untuk tujuan pengurusan sumber manusia (contohnya kemajuan kerjaya, latihan, pengurusan tenaga mahir, pengurusan prestasi, penilaian, serta pengurusan tatatertib dan keluhan);
    • mengesan atau mencegah tingkah laku yang tidak berpatutan atau pelanggaran dasar kami, termasuklah langkah melindungi harta intelektual, maklumat sulit, dan aset kami;
    • tujuan perhubungan dalam keadaan kecemasan;
    • memastikan bahawa sistem-sistem milik kami (atau milik syarikat di dalam kumpulan kami) digunakan terutamanya untuk tujuan rasmi, cukup mampu memenuhi keperluan perniagaan, dan terlindung daripada ancaman siber, misalnya malware;
    • menunaikan kewajipan kami sebagai majikan, agensi pekerjaan, pencari pekerja, pengambil pekerja baru, atau agensi pencarian khidmat luar atau perundingan, sehubungan dengan kontrak kami dengan seseorang;
    • menghubungi seseorang secara surat-menyurat, e-mel, telefon, mesej singkat, dan pelantar komunikasi dalam talian berhubung dengan syarikat kami atau jawatan kosong yang menepati kesukaan, kelayakan dan/atau profil seseorang. Komunikasi ini akan dihantar sendiri oleh Kelly Services (atau oleh ejen-ejen yang bertindak bagi pihak Kelly). Pada bila-bila masa, seseorang itu boleh mengambil pilihan tidak menerima komunikasi ini. Untuk mengetahui butir-butirnya, lihat ruangan Hak Dan Pilihan Anda di bawah ini.
    • keperluan litigasi atau siasatan yang boleh berlaku dan/atau yang telah berlaku, yang melibatkan kami atau mana-mana syarikat di dalam kumpulan ini, atau pegawainya; dan
    • memperibadikan dan menyampaikan kandungan tentang perkhidmatan kami kepada seseorang. Sebagai contoh, jika seseorang memberi kami data lokasinya, ini akan membenarkan dia mencari pekerjaan atau menyiarkan maklumat pekerjaan di kawasan geografi itu.
    • di Amerika Syarikat, Kanada dan Puerto Rico, bagi jawatan yang tertentu, untuk menyampaikan maklum balas berautomasi tentang jawatan yang mungkin layak anda sandang atau yang mungkin tidak anda penuhi keperluannya, berdasarkan tempoh pengalaman, persijilan dan keperluan-keperluan lain pada pekerjaan itu.
    • Perlu untuk mengadakan atau melaksanakan kontrak (pekerjaan);
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang sebagai majikan untuk menentukan kebenaran bekerja, menyediakan manfaat dan membayar upah;
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat mengenal pasti dan menyediakan peluang untuk calon dan pekerja, menentukan kesesuaian peluang pekerjaan, berhubung dengan seseorang berkenaan dengan peluang pekerjaan yang mungkin ada, mewujudkan dan menyelenggarakan rekod calon dan pekerja, menggalakkan suasana kerja yang merangkum, menguruskan hubungan pencalonan atau pekerjaan seseorang dan mencegah penipuan.
    • Perlu untuk melindungi kepentingan asas seandainya berlaku kecemasan.

    Maklumat yang kami terima daripada pelanggan kami dan daripada pihak-pihak ketiga tentang pekerja mereka dan tentang kakitangan lain, yang kami perlukan untuk tujuan menyampaikan khidmat perundingan tentang keanggotaan kakitangan dan mencari khidmat luar, seperti: 

    • Pengenal pasti: Nama dan maklumat perhubungan – termasuklah alamat surat-menyurat, alamat e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan data perhubungan seumpamanya.
    • Pendidikan, sejarah pekerjaan dan kelayakan – termasuklah sejarah pendidikan, sejarah pekerjaan, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan, pentauliahan atau lesen profesional, keahlian dalam organisasi profesional, minat kerjaya, kesukaan, kelayakan, maklumat yang diberikan melalui rujukan dan maklumat lain yang ada pada resume anda. 
    • Maklumat Kewangan termasuklah maklumat yang berkait dengan akaun bank, kedudukan percukaian dan rekod senarai gaji anda.
    • Ciri-ciri Pengelasan Terlindung – termasuklah kerakyatan dan taraf kebenaran bekerja, serta kandungan dokumen pengenalan lain yang diserahkan kepada Kelly untuk tujuan permohonan atau pekerjaan.
    • Maklumat Peribadi yang Sensitif – termasuklah nombor pengenalan pekerja atau nombor keselamatan sosial dan/atau lesen memandu, pasport atau nombor pengenalan kebangsaan dan kandungannya. 
    • Data tentang prestasi dan pekerjaan – termasuklah maklumat di dalam fail peribadi yang disimpan oleh Kelly, penilaian prestasi, pentaksiran dan tindakan tatatertib.

    Kami menggunakan data peribadi ini untuk: 

    • menyediakan khidmat perundingan tentang keanggotaan kakitangan, mencari khidmat luar, dan pengurusan pembekal;
    • tujuan pentadbiran dan pengendalian kakitangan (contohnya, berkenaan dengan ketidakhadiran, gaji, manfaat, imbuhan, pentadbiran saham, perjalanan rasmi, serta tugas-tugas seperti menyelenggarakan direktori pekerja, membolehkan penggunaan sistem dan sumber kami, menguruskan kawalan kebenaran, memastikan keselamatan sistem dan sumber kami, menguruskan ramalan, dan merancang perubahan pada struktur kumpulan kami); 
    • menguruskan hubungan pekerjaan atau khidmat luar, misalnya menjawab pertanyaan, menyampaikan khidmat sumber manusia, memproses dan membuat bayaran dan membayar gaji, memberikan manfaat, menyampaikan khidmat kaunseling, latihan, atau tatatertib, mematuhi dasar kesihatan, keselamatan, dan dalaman, melaksanakan pengurusan korporat, memantau kerjaya dan prestasi, dan mentadbir kontrak pekerjaan 
    • menyampaikan, menambah baik atau mengatur perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelanggan, pembekal atau pemberi khidmat kami, ataupun melaksanakan operasi perniagaan yang asas. Antaranya ialah menjalankan analisis data, penyelidikan, dan kajian untuk menilai himpunan calon pekerjaan, pekerja, dan kontraktor yang ada bagi perkhidmatan keanggotaan kakitangan dan mencari khidmat luar. Antaranya juga ialah mengkaji trend peluang pengambilan dan penempatan pekerja, menilai trend tenaga kerja berhubung dengan kemahiran dan pengalaman yang diminta berbanding dengan yang ada, menyelidik, melaksanakan dan memasarkan peluang perniagaan, mengkaji taburan pekerja, merancang barisan pelapis, dan penyusunan korporat. Tugas-tugas ini diperlukan untuk mencari pekerja, memadankan mereka dengan jawatan kosong yang ada, dan mengemukakan peluang penempatan pekerja dalam program keanggotaan kakitangan dan pencarian khidmat luar; 
    • mengesan atau mencegah tingkah laku yang tidak berpatutan atau pelanggaran dasar kami, termasuklah langkah melindungi harta intelektual, maklumat sulit, dan aset kami; 
    • memastikan bahawa sistem-sistem milik kami (atau milik syarikat di dalam kumpulan kami) digunakan terutamanya untuk tujuan rasmi, cukup mampu memenuhi keperluan perniagaan, dan terlindung daripada ancaman siber, misalnya malware; dan 

    keperluan litigasi atau siasatan yang boleh berlaku dan/atau yang telah berlaku, yang melibatkan kami atau mana-mana syarikat di dalam kumpulan ini, atau pegawainya.

    Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai penyedia perkhidmatan pembekalan pekerja, pencari khidmat luar dan perundingan agar dapat mengenal pasti dan menyediakan peluang untuk calon dan pekerja, menentukan kesesuaian peluang pekerjaan, berhubung dengan seseorang berkenaan dengan peluang pekerjaan yang mungkin ada, mewujudkan dan menyelenggarakan rekod calon dan pekerja, menggalakkan suasana kerja yang merangkum, menguruskan hubungan pencalonan atau pekerjaan seseorang dan mencegah penipuan.

    Maklumat Peribadi yang Sensitif dan Maklumat Biometrik: Maklumat yang dikutip tentang anda yang tergolong ke dalam “kategori khas data peribadi”, seperti: 

    • Data penyaringan – termasuklah pemeriksaan latar belakang dadah, arak, dan jenayah.
    • Data kewangan dan manfaat – termasuklah nombor pengenalan kebangsaan atau percukaian, nombor keselamatan sosial, maklumat kewangan atau akaun bank, maklumat percukaian, maklumat perhubungan saudara terdekat atau nombor kecemasan, pemilihan manfaat yang boleh merangkumi insurans kesihatan, maklumat tentang rancangan persaraan, maklumat yang berkait dengan ketidakupayaan dan kesihatan, dan maklumat kesihatan yang merangkumi maklumat tentang tuntutan yang berkait dengan pekerjaan (contohnya Tuntutan Pampasan Pekerja).
    • Maklumat yang berkait dengan ketidakhadiran - termasuklah tidak hadir kerana sakit atau bercuti disebabkan urusan keluarga.
    • Maklumat tentang kesihatan jasmani atau mental, penyakit, atau ketidakupayaan.
    • Maklumat demografi tambahan – termasuklah jantina, bangsa, keturunan, ketidakupayaan, taraf veteran, pandangan atau aktiviti ideologi, atau keanggotaan dalam kesatuan perdagangan.
    • Data biometrik – termasuklah pengenalan berdasarkan cap jari.

    Kami menggunakan data peribadi ini seperti yang diterangkan di bawah ini: 

    • Dalam sesetengah bidang kuasa, kami mesti memproses data peribadi ini untuk mematuhi statut, kaedah dan peraturan yang berkait dengan peluang pekerjaan yang saksama ataupun untuk membantu Kelly Services menyusun data tentang pengamalan dan pelaporan peluang saksama. Kami juga mungkin meminta anda memberikan maklumat tambahan. Maklumat begini akan diberikan secara rela hati, kecuali diwajibkan oleh undang-undang, dan keengganan memberikan maklumat ini tidak akan menyekat peluang anda mendapatkan pekerjaan atau projek.
    • Kami mengutip dan menggunakan Data Penyaringan jika selaras dengan undang-undang dan hanya sebagaimana yang dibenarkan menurut undang-undang yang berkuat kuasa.
    • Kami mengutip dan menggunakan data kewangan dan data tentang manfaat untuk membuat bayaran kepada anda, menyampaikan khidmat kesihatan dan persaraan yang berkait dengan pekerjaan, serta manfaat lain yang berkenaan dengan pekerjaan.
    • Kami mengutip dan menggunakan data biometri untuk mengehadkan kemasukan ke lokasi terkawal yang tertentu.
    • Kami menggunakan maklumat yang berkaitan dengan ketidakhadiran untuk mematuhi undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial, perlindungan masyarakat dan undang-undang lain, dan untuk mencatatkan dan mentadbir cuti sakit dan cuti bersalin.
    • Kami menggunakan maklumat tentang kesihatan jasmani atau mental anda untuk menjaga kesihatan dan keselamatan anda di tempat kerja, dan untuk menilai sama ada anda cukup sihat untuk bekerja, tertakluk kepada langkah perlindungan kerahsiaan yang berpatutan, dan untuk menyediakan penyesuaian tempat kerja yang berpatutan, untuk memantau dan menguruskan ketidakhadiran kerana sakit dan untuk mentadbir manfaat.
    • Perlu untuk mengadakan atau melaksanakan kontrak (pekerjaan);
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang sebagai majikan untuk menentukan kebenaran bekerja, menyediakan manfaat dan membayar upah
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat mengenal pasti dan menyediakan peluang untuk calon dan pekerja, menentukan kesesuaian peluang pekerjaan, berhubung dengan seseorang berkenaan dengan peluang pekerjaan yang mungkin ada, mewujudkan dan menyelenggarakan rekod calon dan pekerja, menggalakkan suasana kerja yang merangkum, menguruskan hubungan pencalonan atau pekerjaan seseorang dan mencegah penipuan.

    Pengenal pasti: Maklumat yang kami kutip daripada kakitangan yang mewakili organisasi, termasuklah:

    • butir-butir perhubungan orang yang bekerja untuk pelanggan, pemberi khidmat, dan pembekal kami.
    • butir-butir perhubungan orang yang menghadiri acara, persidangan, dan webinar tajaan kami.
    • maklumat peribadi lain berkenaan orang sedemikian.

     

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • menyediakan dan menguruskan khidmat menempatkan kakitangan, perundingan, mencari khidmat luar dan menguruskan pembekal; 
    • menjalinkan dan memelihara hubungan keanggotaan pekerja dan khidmat luar dengan pelanggan, pembekal, dan pemberi khidmat kami. Kami menggunakan maklumat tersebut, termasuklah menyampaikan komunikasi tentang acara dan pemasaran, melalui e-mel, telefon, mesej singkat, surat-menyurat, dan pelantar komunikasi dalam talian. Makluman ini akan memberikan arahan tentang cara mengecualikan diri daripada senarai penerima e-mel atau komunikasi seperti ini yang dihantar oleh perkhidmatan tersebut; dan 

    menambah baik perkhidmatan kami dan mengatur perkhidmatan baru berdasarkan kesukaan dan kelakuan orang ini. 

    • Perlu untuk melaksanakan kontrak dengan organisasi yang berkenaan;
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai penyedia perkhidmatan pembekalan pekerja, pencari khidmat luar dan pencari khidmat agar dapat menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami, mengenal pasti bakal pelanggan dan menjalankan aktiviti pemasaran untuk mempromosikan perkhidmatan kami.

    Maklumat tentang Aktiviti Rangkaian Elektronik: Maklumat yang kami kutip melalui penggunaan laman web kami, termasuklah: 

    • Data laman web – Kami mengutip nama pengguna, butir-butir rakaman masuk, kata laluan dan/atau PIN.
    • Data lokasi – Kami mengutip data tentang lokasi anda, misalnya data Sistem Satelit Pengemudian Global (GNSS) (contohnya GPS), dan data yang mengenal pasti menara selular yang berhampiran dan hotspot Wi-Fi.
    • Data Penggunaan IT – Kami mengutip maklumat tentang penggunaan peralatan IT kami oleh anda, termasuklah memantau pematuhan dasar-dasar yang berkenaan.
    • Cookie dan data seumpamanya – Seperti yang diterangkan selanjutnya dalam Dasar Penggunaan Cookie syarikat ini, kami menggunakan cookie, web beacon, dan teknologi lain seumpamanya untuk mengenali dan memperibadikan pengalaman anda dalam talian bersama Kelly. 

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • mengenal pasti masalah pada laman web atau aplikasi yang digunakan, dan pada pengalaman pengguna menggunakan laman web atau aplikasi itu;
    • menguruskan dan mentadbir sistem-sistem IT kami dan
    • memantau cara laman web kami digunakan (termasuklah lokasi dimasuki, alat yang digunakan untuk memasukinya, waktu penggunaan puncak, serta fungsi dan maklumat yang paling banyak dan yang paling kurang digunakan). 
    • Memantau ancaman terhadap sistem IT kami, mengenal pasti dan membaiki masalah teknikal serta mengenal pasti dan menangani risiko terhadap keselamatan siber.

    Anda mungkin tidak perlu menaip sendiri maklumat peribadi anda ini. Sebaliknya, beberapa ciri pada laman web kami mungkin membenarkan anda menggunakan alat-alat pengesahan pihak ketiga seperti Facebook, Twitter, dan Google untuk mengisi ruang-ruang maklumat yang tertentu. Apabila anda melakukan pengesahan melalui salah satu pilihan media sosial ini, anda membenarkan kami menerima maklumat peribadi anda dan maklumat lain yang boleh didapati melalui alat-alat ini. Maklumat ini boleh dimasukkan ke dalam profil anda. Bagi mana-mana alat ini yang anda pilih, kami galakkan anda baca juga dasar privasi pembekal alat itu serta syarat-syaratnya, jika ada.

    Semua sistem IT kami boleh diaudit dan boleh dipantau, walaupun kami tidak melakukannya secara rutin. Kami komited terhadap usaha menghormati kehendak pengguna terhadap privasi, jika berpatutan, sehubungan dengan penggunaan sistem dan peralatan IT kami.

    • Perlu untuk melaksanakan kontrak;
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang;
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih agar dapat menjamin sistem teknologi maklumat yang selamat dan terkawal dan untuk membuat keputusan ke arah melindungi sistem dan data https://www.kellyservices.com/policies/#cookie-policykami;

    Maklumat yang diperoleh apabila anda berhubung dengan kami sama ada secara bersemuka ataupun melalui laman web kami, e-mel, telefon, media sosial atau mana-mana perantara lain, termasuklah:

    • butir-butir perhubungan anda (yang mungkin merangkumi alamat e-mel atau butir-butir akaun media sosial anda, bergantung pada cara anda berhubung dengan kami)
    • butir-butir komunikasi anda dengan kami (yang merangkumi, waktu anda menghantarnya, waktu kami menerimanya, dan dari mana anda menghantarnya (misalnya dari laman web kami, secara pos, telefon, e-mel, atau media sosial))
    • butir-butir mesej kami kepada anda (termasuklah maklumat yang mungkin anda siarkan pada pelantar media sosial kami)

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • menjawab persoalan atau keraguan yang timbul;
    • memantau komunikasi untuk tujuan kualiti dan latihan;
    • mengatur perkhidmatan baru berdasarkan maklumat yang anda berikan;
    • menambah baik perkhidmatan kami berdasarkan maklumat dan maklum balas yang anda berikan, dan yang diberikan oleh orang lain; 
    • memperibadikan perkhidmatan kami untuk anda dengan mengambil kira maklumat dan maklum balas yang anda berikan; dan
    • membuat pendedahan yang perlu untuk menjawab permintaan, yang wajib kami jawab menurut undang-undang, kepada penguat kuasa undang-undang atau lembaga, badan atau agensi pengawal atur, ataupun untuk membela dakwaan undang-undang.

    Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi untuk membenarkan anda menyertai suapan media sosial secara langsung. Jika anda mahu mengambil bahagian, nama pengguna awam anda mungkin dipaparkan pada tapak yang berkenaan berserta bahan yang anda siarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada komen, gambar dan video. Kami mungkin memberi anda kebenaran menggunakan fungsi pihak ketiga yang membolehkan anda siarkan bahan melalui akaun media sosial anda. Apa-apa maklumat yang anda berikan melalui penggunaan fungsi ini dikawal oleh dasar privasi pihak ketiga yang berkenaan dan bukan oleh Pernyataan Privasi ini.

    • Perlu untuk melaksanakan kontrak;
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang (undang-undang pekerjaan);
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan untuk berinteraksi dengan anda.

    Maklumat penyaringan: Maklumat yang kami kutip daripada rakan pihak ketiga, pelanggan kami dan syarikat-syarikat Kelly yang lain yang merangkumi:

    • Agensi rujukan kredit
    • Syarikat perisikan latar belakang
    • Syarikat pengesahan identiti
    • Entiti-entiti lain di dalam kumpulan kami

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • memastikan bahawa seseorang pengguna itu sah dan mengesahkan maklumat yang diberikan untuk melindungi diri kami daripada penipuan dan aktiviti jenayah yang lain;
    • menyediakan, menguruskan, dan menyampaikan perkhidmatan kami kepada orang ramai dan kepada pelanggan kami;
    • menguruskan dan mentadbir sistem-sistem IT kami;
    • memperibadikan perkhidmatan kami supaya disesuaikan dengan tingkah laku dan kesukaan anda;
    • melakukan analisis statistik dan penyelidikan tentang orang yang menggunakan perkhidmatan kami supaya kami dapat memahami pengguna kami dengan lebih baik serta mengatur dan menambah baik perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan dan kesukaan pengguna dan pelanggan kami; dan
    • menggabungkan maklumat ini dengan jenis maklumat lain yang disebutkan tadi untuk melakar profil yang menyeluruh tentang pelanggan kami agar kami dapat memperibadikan lagi perkhidmatan kami mengikut kesukaan dan tabiat setiap pelanggan.
    • Perlu untuk mengadakan atau melaksanakan kontrak (pekerjaan);
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang sebagai majikan;
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat menentukan kesesuaian bekerja, mencegah penipuan dan menguruskan kemasukan yang terkawal ke dalam sistem maklumat kami.

    Maklumat yang kami kutip secara kebetulan daripada sumber lain atau sumber awam, termasuklah:

    • maklumat yang terdapat dalam media;
    • maklumat yang dikemukakan pada media sosial kami atau pelantar media sosial yang lebih luas seperti Facebook, Twitter, dan LinkedIn;
    • maklumat yang dikutip oleh sistem keselamatan

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • mengekalkan kesedaran tentang pasaran;
    • membina dan mengekalkan kehadiran dan penjenamaan dalam media sosial; dan
    • menjamin keselamatan kawasan kami.

    Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat menganjurkan objektif perniagaan kami, menaikkan jenama kami dan menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja kami.

    Maklumat yang kami kutip daripada profil media sosial yang boleh diambil oleh orang awam dan laman-laman web yang berkait dengan pekerjaan, termasuk:

    • Nama, pendidikan, nama jawatan, butir-butir pekerjaan
    • Kesimpulan: Termasuk kesimpulan yang dibuat berdasarkan maklumat peribadi yang lain, misalnya kemahiran atau pengalaman kerja.

    Kami menggunakan maklumat ini untuk:

    • menilai kestabilan seseorang dari segi pekerjaan dan untuk mengambil khidmatnya sebagai pekerja;
    • memadankan calon pekerjaan dengan jawatan yang sesuai;
    • menawarkan calon pekerjaan penempatan di syarikat pelanggan kami;
    • merujuk seseorang sebagai pekerja kepada salah satu pelanggan kami
    • menghubungi seseorang secara surat-menyurat, e-mel, telefon, mesej singkat, dan pelantar komunikasi dalam talian berhubung dengan syarikat kami atau jawatan kosong yang menepati kesukaan, kelayakan dan/atau profil seseorang. Komunikasi ini akan dihantar sendiri oleh Kelly Services (atau oleh ejen-ejen yang bertindak bagi pihak Kelly). Pada bila-bila masa, seseorang itu boleh mengambil pilihan tidak menerima komunikasi ini. Untuk mengetahui butir-butirnya, lihat ruangan Hak Dan Pilihan Anda di bawah ini.
    • Perlu untuk mengadakan atau melaksanakan kontrak (pekerjaan);
    • Perlu untuk mematuhi kewajipan undang-undang sebagai majikan;
    • Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat mengenal pasti dan menyediakan peluang pekerjaan untuk calon dan pekerja, menentukan kesesuaian mengambil sesuatu peluang pekerjaan dan berhubung dengan seseorang mengenai peluang pekerjaan yang mungkin ada.

    Sebab Kami Menggunakan Maklumat Anda

    Kami akan menggunakan data peribadi anda jika:

    • anda telah mengizinkan kami melakukan aktiviti pemprosesan yang berkenaan untuk tujuan yang telah kami beritahu anda. Jika demikian, anda tetap berhak menarik balik izin itu; 
    • data itu perlu untuk melaksanakan dan mematuhi kontrak pekerjaan anda atau kontrak penglibatan lain yang berkenaan dengan kami, atau untuk mengambil langkah sebelum memeterai kontrak itu atau kontrak lain dengan anda;
    • kami perlu memproses maklumat anda untuk menunaikan kewajipan undang-undang atau kawal atur (contohnya, menjalankan tugas mengikut undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial, perlindungan masyarakat, dan percukaian contohnya, untuk menunaikan kewajipan kami menurut undang-undang kesaksamaan ataupun sehubungan dengan hak berkanun bagi pesakit atau bagi ibu yang baru bersalin);
    • dalam keadaan luar biasa, maklumat ini perlu demi kepentingan asas yang berkait dengan anda ataupun dengan orang lain (contohnya, untuk mengelakkan risiko kecederaan yang parah terhadap diri anda atau orang lain); atau
    • maklumat itu perlu bagi kepentingan kami (atau kepentingan pihak ketiga) yang sah, dengan syarat kepentingan kami yang sah itu tidak terbatal oleh kepentingan atau hak anda yang memerlukan perlindungan data anda.

    Kami akan menggunakan kategori data peribadi yang khas jika:

    • anda telah mengizinkannya secara nyata. Jika demikian, anda tetap berhak menarik balik izin itu;
    • kami perlu berbuat demikian untuk menunaikan kewajipan kami di sisi undang-undang (contohnya dalam konteks undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan perlindungan masyarakat) misalnya, untuk menunaikan kewajipan kami menurut undang-undang kesaksamaan ataupun sehubungan dengan hak berkanun bagi pesakit atau bagi ibu yang baru bersalin);
    • maklumat itu perlu untuk mendapatkan, melaksanakan, atau membela dakwaan undang-undang;
    • maklumat itu perlu untuk tujuan perubatan cegahan atau pekerjaan, untuk menilai kemampuan anda bekerja, untuk melakukan diagnosis perubatan, atau untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan (contohnya, sehubungan dengan rujukan dan laporan Kesihatan Pekerjaan);
    • jika diperlukan atas sebab kepentingan awam yang ketara, misalnya untuk memantau peluang saksama;
    • dalam keadaan luar biasa, maklumat ini perlu demi kepentingan asas yang berkait dengan anda ataupun dengan orang lain (contohnya, untuk mengelakkan risiko kecederaan yang parah terhadap diri anda atau orang lain) dan jika anda tidak mampu memberikan izin; atau
    • jika anda sudah pun mendedahkan maklumat peribadi yang berkenaan itu kepada orang ramai.

    Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan kami mengutipnya, kecuali kami dengan munasabahnya mendapati bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab lain, dan sebab itu selaras dengan tujuan yang asal. Jika kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memberitahu anda dan kami akan menerangkan kepada anda asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.

    Kepentingan yang Sah

    Sebagaimana yang disebutkan tadi, ada kalanya kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda jika diperlukan demi keperluan kami (atau keperluan pihak ketiga) yang sah . Ini merangkumi keadaan yang memerlukan maklumat peribadi anda digunakan untuk:

    • memastikan perjawatan atau penglibatan anda, manfaat, pengurusan perniagaan, dan kesinambungan perniagaan ditadbir dan diuruskan dengan berkesan;
    • memastikan aset kami terlindung, dirahsiakan dan tidak digunakan untuk tujuan yang tidak berpatutan ataupun yang melanggar undang-undang;
    • mencegah, mengesan, atau menyiasat penggunaan sistem kami tanpa kebenaran, dan memastikan kami mematuhi undang-undang dan dasar-dasar kami;
    • memastikan kami dapat menghubungi anda atau keluarga anda jika berlaku kecemasan;
    • menyemak sama ada anda ada hak di sisi undang-undang untuk bekerja, menguruskan prestasi, mengawal tatatertib, dan memproses kenaikan pangkat;
    • menguruskan latihan dan memenuhi keperluan pembangunan; 
    • mengekalkan pembangunan dan peningkatan produk, berserta pemasaran yang berkesan melalui hasil analisis dan pemprofilan bagi perisikan perniagaan;
    • menangani pertikaian dan kemalangan, dan menerima nasihat undang-undang atau nasihat profesional yang lain;
    • mematuhi undang-undang dan peraturan negara lain;
    • mencegah penipuan dan jenayah kewangan; dan
    • menjaga keselamatan rangkaian dan maklumat.

    Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang kepentingan kami yang sah terhadap maklumat peribadi anda, hubungi Pegawai Perlindungan Data.

    Kegagalan memberikan maklumat apabila dikehendaki

    Kami meminta maklumat daripada anda supaya kami dapat mengambil khidmat anda sebagai pekerja atau melibatkan anda, ataupun supaya kami dapat menempatkan anda atau memadankan anda dengan jawatan kosong. Jika anda tidak memberikan maklumat yang telah kami tentukan sebagai perlu, kami mungkin tidak dapat menolong anda dengan baik untuk memenuhi permintaan anda mendapatkan pekerjaan, ditempatkan atau dipadankan dengan pekerjaan, yang akan dilakukan oleh Kelly Services.

    Menyimpan Maklumat Anda

    Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan seberapa lama yang perlu sehubungan dengan perjanjian kami dengan anda, untuk menyampaikan khidmat yang diminta kepada anda, untuk tujuan perniagaan yang sahih ataupun untuk tujuan lain yang perlu, misalnya untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau pihak berkuasa undang-undang yang lain, ataupun jika penyimpanannya dibenarkan dengan cara lain untuk tujuan perundangan yang lain, seperti audit, keselamatan, usaha mencegah penipuan, atau memelihara dan mempertahankan hak undang-undang Kelly. 

    Selain itu, pemohon pekerjaan dan seseorang yang telah tamat tugasnya akan dikekalkan di dalam himpunan pekerja Kelly supaya boleh dihubungi mengenai peluang pekerjaan yang lain. Himpunan pekerja Eropah akan menyimpan data pemohon anda selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Pekerja yang berada di luar Eropah akan disimpan sejajar dengan keperluan undang-undang tempatan tetapi dalam semua keadaan, selamat tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun. Jika berkenaan, Kelly akan membuang maklumat anda daripada himpunan pekerja ini atas permintaan yang disahkan.

    Maklumat Selanjutnya

    Disebabkan pelbagai kewajipan kami untuk menyimpan rekod, maka tempoh penyimpanan mungkin berbeza-beza. Contohnya, kami akan menyimpan sesalinan butir-butir perhubungan anda jika anda membantah atau mengecualikan diri daripada senarai penerima komunikasi pemasaran langsung kami. Kami akan memasukkan butir-butir diri anda ke dalam senarai sekatan kami supaya anda tidak menerima sebarang komunikasi daripada kami pada masa depan. Selain itu, kami tidak akan menghapuskan data peribadi jika data itu berkenaan dengan sesebuah siasatan atau pertikaian. Data itu akan terus disimpan sehingga masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya.

    Kami akan menggunakan kriteria yang berikut untuk menentukan tempoh penyimpanan:

    • jangka masa data itu diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan keanggotaan kakitangan dan mencari khidmat luar, dan untuk mengendalikan perniagaan kami;
    • sama ada terdapat kewajipan berkontrak atau kewajipan perundangan yang mewajibkan kami menyimpan data tersebut selama sesuatu tempoh;
    • sama ada terdapat undang-undang, statut, atau peraturan yang memperuntukkan tempoh penyimpanan yang tertentu;
    • sama ada seseorang itu telah bersetuju menerima tempoh penyimpanan yang lebih panjang;
    • sama ada data tersebut dianggap sebagai data yang sensitif dan oleh itu tempoh penyimpanan yang lebih singkat biasanya digunakan; dan
    • jangkaan tempoh penyimpanan pada waktu data tersebut diserahkan kepada kami.

    Dalam apa jua keadaan, kami akan terus melindungi data peribadi anda menurut syarat Pernyataan Privasi ini. Kami juga akan memperbaharui maklumat kami dari semasa ke semasa untuk memastikan maklumat itu sentiasa kemas kini.

    Tempat Maklumat Anda Mungkin Didedahkan

    Kelly Services mempertanggungjawabkan pekerjanya, ejennya dan pembekalnya untuk memelihara kepercayaan yang anda letakkan pada kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda.

    Bagi individu, Kelly memberikan data yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan keanggotaan pekerja dan mencari khidmat luar kepada entiti Kelly Services yang lain, pelanggan kami, pembekal kami, atau pemberi khidmat yang mungkin dilibatkan untuk menguruskan proses-proses yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan ini.

    Penglibatan pelanggan, pembekal, atau pemberi khidmat akan dikawal dengan keperluan kontrak yang sewajarnya, yang melarang penggunaan maklumat anda untuk tujuan selain yang diarahkan khususnya oleh Kelly, dan mewajibkan mereka memastikan adanya mekanisme keselamatan pentadbiran dan teknikal yang secukupnya untuk mencegah maklumat anda digunakan, didedahkan, atau diperoleh dengan tidak betul.

    Maklumat Selanjutnya

    Untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan mencari pekerjaan dan mencari khidmat luar yang anda minta, atau untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan keanggotaan pekerja, mencari khidmat luar, dan perundingan, kami memberikan data peribadi anda kepada: 

    • pelanggan atau pembekal kami untuk memadankannya dengan peluang penempatan, pekerjaan, atau pencarian khidmat luar yang mungkin ada;
    • pelanggan atau pembekal kami yang mencari pekerja yang mempunyai kelayakan dan profil seperti anda; dan
    • syarikat yang akan menjadi majikan anda, supaya dapat disepadukan dengan proses permohonan dan pekerjaan mereka. 
    • Pemberi Khidmat Terurus yang mentadbir dan menguruskan program tenaga kerja luar jangka untuk pelanggan kami.
    • Pemberi khidmat yang melaksanakan perkhidmatan pentadbiran dari luar bagi pihak kami, misalnya sistem penjejakan pemohon, pengurusan maklumat sumber manusia, pemproses senarai gaji, dan pentadbir manfaat. 
    • Pembekal teknologi maklumat kami, misalnya Microsoft dan Amazon Web Services, untuk tujuan penyimpanan data dan pengehosan, kesinambungan perniagaan, dan bantuan semasa bencana. 

    Pada setiap masa, Kelly menyerahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga ini hanya untuk tujuan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, dan untuk tujuan mencari khidmat luar. 

    Kami juga menyerahkan maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga lain yang tertentu. Ini kami lakukan sama ada apabila anda mengizinkannya anda ataupun kerana kami memerlukan mereka melihat maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan kepada anda atau atas salah satu tujuan lain yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini. Antaranya ialah pihak berkuasa percukaian, agensi rujukan kredit, pangkalan data dan agensi pencegah penipuan, dan agensi penyaringan.  

    Disebabkan rangkuman global operasi Kelly, pemberian maklumat anda kepada entiti Kelly Services yang lain, pemberi khidmatnya, pembekalnya, dan pelanggannya mungkin mengakibatkan data anda dihantar ke negara-negara selain negara kediaman anda, yang mungkin menggunakan undang-undang perlindungan data yang berbeza dengan undang-undang yang digunakan di negara kediaman anda. Penerima berada di pelbagai kawasan berdasarkan perkhidmatannya tetapi mungkin merangkumi Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Kanada, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia, dan Australia. Walau dari mana datangnya ataupun ke mana tujunya maklumat anda, Kelly tetap akan melindungi maklumat anda sebagaimana yang diterangkan di dalam Pernyataan Privasi ini, dan mematuhi semua undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Kelly tetap bertanggungjawab terhadap maklumat yang kami serahkan kepada pihak-pihak ketiga untuk diproses bagi pihak kami.

    Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke organisasi pihak ketiga yang lain dalam keadaan yang tertentu:

    • Jika kami berbincang hendak menjual atau memindahkan sebahagian atau seluruh perniagaan kami, maka maklumat itu mungkin dipindahkan kepada bakal-bakal pembeli atas syarat kerahsiaan yang bersesuaian;
    • Jika syarikat kami disusun semula atau dijual, maka maklumat itu mungkin dipindahkan kepada pembeli yang boleh terus menyampaikan perkhidmatan kepada anda;
    • Jika kami diwajibkan oleh undang-undang, atau menurut peraturan atau amalan yang kami ikuti, atau jika kami diminta oleh mana-mana pihak berkuasa awam atau kawal atur, misalnya pihak Polis; atau
    • Jika kami membela suatu dakwaan perundangan, maklumat anda mungkin dipindahkan sebagaimana yang dikehendaki untuk membela dakwaan tersebut.

    Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom dan Switzerland

    Bagi anda yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, apabila berlaku pemindahan kepada pihak ketiga di luar EEA, United Kingdom atau Switzerland, Kelly akan mengambil langkah perlindungan yang secukupnya untuk memastikan keperluan undang-undang yang berkenaan dipatuhi, misalnya penggunaan Kontrak Contoh Kesatuan Eropah (“EU”). Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang cara kami menggunakan Kontrak Contoh, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.

    Akhir sekali, maklumat anda mungkin diberikan kepada entiti kerajaan yang berkenaan jika Kelly diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang ataupun oleh proses perundangan, ataupun diminta secara sah untuk berbuat demikian oleh penguat kuasa undang-undang atau pegawai kerajaan yang lain, ataupun oleh pihak berkuasa, badan, atau agensi kawal atur yang lain.

    Hak Dan Pilihan Anda

    Kami menghormati hak anda untuk mendapatkan dan mengawal maklumat anda. Jumlah maklumat peribadi yang perlu anda berikan apabila memohon perkhidmatan kami selaras dengan keperluan Kelly menyampaikan perkhidmatan kami kepada anda. Kelly mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.

    Kami memproses data peribadi tentang anda untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini, termasuklah untuk menyampaikan perkhidmatan mencari, menempatkan dan mengambil pekerja baru, dan juga perkhidmatan mencari khidmat luar, untuk mengendalikan perniagaan kami, untuk menunaikan kewajipan kami mengikut undang-undang dan kontrak, dan untuk memenuhi kepentingan Kelly yang lain. Di kebanyakan negara, jika Kelly telah memeterai kontrak pekerjaan dengan anda, maka pemprosesan maklumat perhubungan, senarai gaji, dan manfaat adalah suatu kewajipan berkontrak atau berkanun, dan kegagalan menyerahkan maklumat untuk membolehkan pemprosesan mungkin menyekat peluang anda diambil sebagai pekerja oleh Kelly.

    Anda mungkin ada hak-hak yang tertentu terhadap data peribadi anda. Sama ada hak ini ada pada anda dan cara menggunakan hak tersebut diterangkan dengan lebih terperinci di bawah ini.

    Hak Privasi Eropah

    Bagi anda yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data di negara anda dan jika berkenaan, anda mempunyai hak-hak yang berikut: 

    • Capaian: Anda berhak meminta untuk mendapatkan data peribadi anda. Anda berhak menanya kami sama ada kami memproses data peribadi anda dan jika demikian, anda boleh meminta untuk mendapatkan data peribadi anda. Ini membolehkan anda menerima sesalinan data peribadi yang kami simpan tentang anda dan maklumat lain yang tertentu mengenainya. 
    • Pembetulan: Anda berhak meminta agar kami membetulkan kesilapan pada data peribadi anda. Untuk menunaikan permintaan anda, kami akan mengemaskinikan data peribadi tentang diri anda yang kami simpan jika data itu tidak lengkap atau tidak tepat supaya data itu tepat dan betul. 
    • Pemadaman: Anda berhak meminta agar data peribadi anda dipadamkan dalam keadaan yang tertentu, tertakluk kepada kewajipan kami untuk menyelenggarakan maklumat anda menurut undang-undang yang berkuat kuasa, atau jika data peribadi anda perlu disimpan disebabkan suatu tuntutan.
    • Sekatan: Anda berhak meminta kami menggantung pemprosesan data peribadi anda yang tertentu, misalnya jika anda ingin menentukan ketepatannya atau sebab data itu diproses.
    • Pemindahan: Anda boleh meminta untuk menerima maklumat yang anda beri kami itu dalam format mudah alih yang boleh dibaca oleh mesin ataupun agar data peribadi yang tertentu dipindahkan kepada pihak lain.
    • Keputusan berautomasi: Anda boleh mempertikaikan keputusan berautomasi yang dibuat tentang anda jika hal ini meninggalkan kesan perundangan atau kesan nyata seumpamanya, dan meminta agar keputusan ini dipertimbangkan semula. Penduduk EU tidak tertakluk kepada keputusan yang akan membawa kesan undang-undang atau kesan yang ketara terhadap anda, berdasarkan keputusan yang dibuat secara berautomasi sepenuhnya.

    Hak untuk membantah

    Bagi anda yang berada di EEA, United Kingdom atau Switzerland, anda berhak membantah pemprosesan maklumat anda oleh Kelly dalam keadaan yang tertentu.

    Anda berhak membantah pemprosesan data peribadi anda oleh Kelly jika hal ini didasarkan pada kepentingan Kelly (atau kepentingan pihak ketiga) yang sahih. Anda boleh mempertikaikan kebergantungan kami pada kepentingan yang sah. Walau bagaimanapun, kami mungkin berhak meneruskan pemprosesan data peribadi anda berdasarkan kepentingan kami yang sah atau jika hal ini berkenaan dengan dakwaan perundangan. Anda juga berhak membantah jika kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.

    Anda berhak mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data, khususnya di Negara Ahli di Kesatuan Eropah (atau di United Kingdom, jika berkenaan) yang biasanya anda diami, yang menjadi pangkalan kami, atau yang menjadi tempat perlanggaran undang-undang Perlindungan Data itu dikatakan berlaku.

    Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan menarik balik izin, membantah pemprosesan, atau memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.

    Hak Privasi California

    Bagi anda yang berada di California, Kelly komited terhadap usaha menghormati hak anda menurut Akta Privasi Pengguna California dan mahu memastikan anda sedar bahawa, jika berkenaan, anda mempunyai hak-hak yang berikut:

    • Hak Capaian: Bagi data peribadi yang telah dikutip atau disimpan oleh Kelly mengenai diri anda dalam masa 12 bulan yang lepas, anda berhak meminta laluan untuk mendapatkan kategori-kategori data peribadi yang kami kutip tentang anda, kategori sumber data peribadi itu dikutip, tujuan perniagaan atau komersial mengutip, menjual atau mendedahkan data peribadi, kategori pihak ketiga yang menerima data peribadi daripada Kelly dan salinan data peribadi tertentu yang telah kami kutip atau simpan. Harap maklum bahawa jika permintaan anda itu memerlukan maklumat peribadi orang lain didedahkan, maka kami tidak boleh menunaikan seluruh permintaan anda itu. Begitu juga, jika kami terpaksa melanggar mana-mana undang-undang, kaedah atau peraturan ataupun permintaan penguatkuasaan undang-undang untuk menunaikan permintaan anda itu, Kelly tidak boleh menunaikan permintaan anda sepenuhnya.
    • Hak Membetulkan: Anda berhak meminta agar Kelly membetulkan maklumat peribadi yang kurang tepat tentang anda yang disimpan.
    • Hak Menghapuskan: Anda berhak meminta agar kami hapuskan data peribadi yang kami kutip daripada anda. Walau bagaimanapun, kami tidak diwajibkan menunaikan permintaan anda jika terdapat salah satu antara beberapa pengecualian, termasuklah keadaan yang memerlukan kami atau pemberi khidmat kami menyimpan data peribadi anda untuk menyelesaikan transaksi dengan anda; penggunaan dalaman yang secara munasabahnya sejajar dengan kehendak anda; pematuhan kewajipan undang-undang; atau tujuan lain menggunakan data peribadi anda secara dalaman yang serasi dengan konteks anda memberikannya.
    • Hak Mengecualikan Diri: Anda berhak mengecualikan diri daripada penjualan atau pendedahan data peribadi anda kepada Pihak Ketiga pada bila-bila masa. Ini bermaksud bahawa setelah anda melaksanakan hak anda untuk mengecualikan diri daripada penjualan atau pendedahan maklumat peribadi anda, kami dikehendaki menghormati permintaan anda itu. Kelly tidak menjual atau mendedahkan maklumat peribadi kepada Pihak Ketiga, sebagaimana yang ditakrifkan oleh undang-undang California.
    • Hak Mengehadkan Penggunaan dan Pendedahan Maklumat yang Sensitif: Anda berhak meminta agar Kelly mengehadkan penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda yang sensitif. Walau bagaimanapun, Kelly tidak menggunakan mahupun mendedahkan maklumat peribadi anda yang sensitif kecuali untuk tujuan yang dibenarkan oleh CCPA.  
    • Hak tidak didiskriminasi kerana melaksanakan hak-hak ini: Anda berhak berkeadaan bebas daripada diskriminasi kerana melaksanakan hak privasi pengguna anda. Kami tidak akan menafikan pembekalan barangan atau perkhidmatan kepada anda, mengenakan bayaran yang berbeza kepada anda atau menyampaikan tahap kualiti barangan atau perkhidmatan yang berbeza kepada anda kerana anda melaksanakan hak anda kecuali perbezaan itu secara munasabahnya berkait dengan nilai data anda.

    Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.

    Melaksanakan Hak Privasi California Anda

    Untuk melaksanakan mana-mana hak CCPA ini, gunakan salah satu kaedah yang berikut:

    • Telefon 1-866-Kelly4U (1-866-535-5948)
    • Pergi ke Halaman Halaman Orang Yang Diperihalkan kami
    • Kirimkan e-mel ke privacy@kellyservices.com

    Harap maklum bahawa Kelly mungkin memerlukan maklumat tambahan untuk mendapatkan kepastian mengenai identiti anda sebelum mengesahkan permintaan anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, kami mungkin menolak permintaan anda.

    Hak Privasi Mexico

    Kelly Services México, S.A. de C.V., selepas ini disebut “KELLY”, yang bertempat di Ave.Niños Héroes Number 1555, interior 103, Moderna Neighborhood, Zip Code 44190, Guadalajara, Jalisco, dan mempunyai laman web di kellyservices.com.mx bertanggungjawab terhadap penggunaan data peribadi am, kewangan, patrimoni, atau sensitif yang telah anda berikan ataupun yang mungkin akan anda berikan disebabkan hubungan pekerjaan anda dengan Kelly, atau disebabkan permohonan pekerjaan yang anda serahkan, jika ada, selaras dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Undang-undang Persekutuan Mexico bagi Perlindungan Data Peribadi Tentang Pihak-pihak Persendirian (“LFPDPPP”).

    Anda berhak mengehadkan penggunaan atau pendedahan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak diperlukan bagi hubungan perundangan kita, supaya anda tidak menerima tawaran pekerjaan atau mesej promosi daripada Kelly yang dihantar ke nombor telefon, nombor telefon mudah alih, dan/atau alamat e-mel anda. Untuk menyatakan keengganan anda menerima jenis mesej ini melalui e-mel, kirimkan permintaan itu ke alamat e-mel yang berikut: ARCO@kellyservices.com. Selain perkara yang disebutkan tadi, harap maklum bahawa pada bila-bila masa, anda boleh menarik balik persetujuan anda membenarkan kami menggunakan data peribadi anda jika anda mengirimkan e-mel ke ARCO@kellyservices.com

    Selaras dengan LFPDPPP, anda berhak mendapatkan data peribadi anda yang ada pada Kelly dan juga mendapatkan butir-butir tentang penggunaannya, membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap, membatalkan data yang anda anggap sebagai berlebihan atau tidak perlu bagi tujuan yang menyebabkan data itu dikutip, atau membantah penggunaannya bagi tujuan yang tertentu (hak ARCO).

    Untuk membenarkan Kelly memproses permintaan anda, e-mel permintaan itu harus mengandungi maklumat yang berikut: (i) salinan dokumen pengenalan bergambar yang rasmi (IFE, pasport terbaru, sijil profesional, atau kad tentera), (ii) nama penuh, (iii) alamat terbaru yang lengkap, (iv) nombor talian tetap dan/atau mudah alih, dan (v) sebab meminta Kelly mendapatkan (apabila anda mahu Kelly memberitahu anda tentang kewujudan data peribadi anda); membetulkan (apabila anda mahu Kelly membetulkan data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap); membatalkan (apabila anda mahu Kelly membuang sebahagian atau semua data peribadi anda); atau membantah (apabila anda mahu Kelly berhenti menggunakan data peribadi anda).

    Jika permintaan anda diluluskan, maka menurut syarat LFPDPPP, data peribadi anda akan dipulangkan secara percuma, dan anda hanya perlu membayar kos kiriman pos, ataupun kos membuat salinan atau menghasilkan format-format lain. Permintaan anda akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 20 (dua puluh) hari kerja.

    Jika anda merasakan bahawa hak anda terhadap privasi data telah dicabuli oleh kelakuan pekerja, ataupun oleh tindakan atau jawapan kami, ataupun anda percaya bahawa peruntukan yang ditetapkan oleh LFPDPPP berkenaan penggunaan data peribadi anda telah dilanggar, maka anda boleh mengemukakan aduan atau tuntutan kepada Institut Pencapaian Maklumat dan Perlindungan Data Persekutuan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, layari www.ifai.org.mx.

    Hak Privasi yang Lain

    Di bawah undang-undang beberapa bidang kuasa, anda mungkin berhak memohon maklumat tambahan tentang data peribadi yang kami kutip, mendapatkan data peribadi yang kami proses, membetulkan kesilapan atau data yang tertinggal, menghapuskan data peribadi, ataupun membantah atau mengehadkan pemprosesan selanjutnya. Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data yang dikenakan, dan akan menghormati permintaan hak individu di bawah undang-undang tersebut. 

    Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang disampaikan kepada anda oleh Kelly, maka permintaan melaksanakan hak-hak tertentu boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin juga mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.

    Pemasaran Langsung

    Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan maklumat perhubungan anda untuk menghantar anda maklumat terkini melalui e-mel yang memberitahu anda tentang peluang atau perkhidmatan yang berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, contohnya pekerjaan di dalam pangkalan data kami yang sepadan dengan kriteria pilihan anda.

    Pada ketika kami memohon maklumat peribadi tentang diri anda, laman kami juga memberi anda peluang memilih jenis komunikasi yang ingin anda terima. Jika interaksi anda dengan Kelly Services menyebabkan anda terdaftar sebagai penerima berbilang perkhidmatan atau sumber, maka anda mungkin perlu mengecualikan diri daripada setiap perkhidmatan itu satu persatu.

    Anda boleh mengecualikan diri daripada senarai penerima bahan pemasaran langsung kami pada bila-bila masa. Setiap komunikasi pemasaran akan memberikan arahan tentang cara mengecualikan diri daripada senarai penerima e-mel seperti ini, yang dihantar oleh perkhidmatan atau sumber yang berdaftar itu. Anda juga boleh mengecualikan diri jika anda menghubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.

    Cookie

    Kami mencatatkan bilangan pengunjung ke ruangan-ruangan laman web kami yang berkenaan dan menjejaki pergerakan antara ruangan ini dengan menggunakan “cookie.”

    Cookie ialah fail kecil data yang mengandungi maklumat yang disimpan di dalam komputer anda dan dimuat turun dengan sendiri ke dalam alat anda supaya anda dapat dikenali sebagai seseorang yang pernah mengunjungi laman web kami. Kami menggunakan cookie yang mengenal pasti pelayar atau alat anda. Apabila anda mengunjungi laman web kami, cookie ini mengutip dan menyimpan maklumat tentang cara anda menggunakannya.

    Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cookie, jenis cookie yang kami gunakan, dan cara kami menggunakannya, lihat Dasar Cookie kami.

    Melindungi Maklumat Anda

    Kelly Services menjaga maklumat peribadi anda dengan cermat.

    Kami sentiasa mengawasi piawaian industri tentang keselamatan maklumat, dan kami mengkaji semula amalan keselamatan fizikal, teknikal, dan organisasi kami untuk menentukan cara terbaik mencegah kehilangan, silap guna, pemindaan, kemasukan tanpa izin, pemusnahan, atau pendedahan maklumat peribadi anda.

    Data peribadi yang dihantar kepada kami, sama ada secara bertulis ataupun di dalam e-mel, mungkin tidak terjamin keselamatannya semasa dalam transit dan kami tidak dapat menjamin penghantarannya.

    Kata laluan mesti dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak ketiga. Kelly tidak akan meminta anda memberitahu kata laluan anda.

    Pernyataan Privasi Ini Yang Kemas Kini

    Kelly mungkin mengemaskinikan Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda diminta kerap membacanya.

    Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini, kami akan menyiarkan versi yang telah disemak semula itu di sini dan kami akan menjelaskan perubahannya di ruangan Sejarah Perubahan.

    Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini dengan ketara, kami juga mungkin memberitahu anda dengan cara lain sebelum perubahan itu dilaksanakan, misalnya dengan menyiarkan notis yang nyata tentang perubahan tersebut pada laman web kami, menyiarkan notis tentang perubahan tersebut melalui portal dalam talian kami, ataupun kami mungkin akan terus menghubungi anda.

    Jika anda mahu melihat versi-versi Pernyataan Privasi ini yang lepas, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.

    Cara Menghubungi Kelly

    Jika anda ingin bertanya ataupun memberikan komen tentang Pernyataan Privasi ini, jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, atau jika anda percaya bahawa Kelly tidak mematuhi Pernyataan Privasi ini, sila kirimkan e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui alamat e-mel . Selain itu, anda juga boleh menghubungi Kelly Services di Amerika Syarikat di alamat:

    Kelly Services, Inc.
    ATTN: Privacy Officer
    999 W. Big Beaver Road
    Troy, MI 48084

    Atau di EEA, United Kingdom atau Switzerland di alamat:

    Kelly Services Management Sàrl
    ATTN: Privacy Officer
    Av. Edouard-Dubois 20
    CH-2002
    Neuchâtel
    Switzerland 

    Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing:

    Kelly Services (Nederland) B.V.
    Neptunusstraat 37
    2132 JA Hoofddorp
    Netherlands