Sejarah Perubahan

Februari 2021

  • Kami mengeluarkan rujukan pada Perisai Privasi EU/US, termasuk bahagian yang menggariskan pilihan-pilihan timbang tara yang ada di bawah program Perisai Privasi ini.

Julai 2019

  • Kami mengemaskinikan Pernyataan Privasi untuk memasukkan rujukan kepada Akta Privasi Pengguna California.
  • Kami mengemaskinikan Pernyataan Privasi untuk menjelaskan keterterapan kepada pekerja Kelly.

Mei 2018

  • Kami mengemaskinikan Pernyataan Privasi supaya maklumat kami dapat disampaikan dengan cara yang lebih bertingkat.
  • Di ruangan “Maklumat Yang Kami Kutip”, kami menyampaikan maklumat ini dalam format yang lebih mesra pengguna.
  • Kami menukar tajuk “Cara Kami Menggunakan Menggunakan Ini” kepada “Sebab Kami Menggunakan Maklumat Anda” dan kami menerangkannya dengan lebih jelas, misalnya kategori digolongkan agar lebih mudah difahami.
  • Kami mengasingkan dan menambah maklumat tentang piawaian yang kami gunakan untuk menentukan tempoh data disimpan. Maklumat ini sekarang dimasukkan ke dalam ruangan yang berasingan, iaitu “Menyimpan Maklumat Anda.”
  • Di ruangan “Hak Dan Pilihan Anda,” kami menyusun hak privasi ke dalam kumpulan yang lebih mudah difahami berdasarkan bidang kuasa yang khusus, dan memberikan makluman dan tahap ketelusan yang lebih tinggi bagi hak mereka yang berada di EEA atau di Switzerland.
  • Di ruangan “Tempat Maklumat Anda Mungkin Didedahkan,” kami menyatakan negara atau kawasan yang mungkin diberi maklumat itu dengan lebih telus.
  • Kami menghasilkan dan menggunakan Dasar Cookie yang berasingan untuk memberitahu anda tentang cara kami menggunakan cookie.
  • Di ruangan “Pernyataan Privasi Ini Yang Kemas Kini,” kami menjelaskan lagi cara kami memberikan notis tentang perubahan yang ketara pada Pernyataan Privasi ini.
  • Kami wujudkan ruangan “Sejarah Perubahan” untuk menunjukkan perkara-perkara yang telah dikemaskinikan di dalam Pernyataan Privasi ini.
  • Kami membuat perubahan kecil supaya kandungannya lebih jelas dan untuk membetulkan tatabahasa. 

2017 April

  • Kami mengemaskinikan Perisai Privasi untuk memberikan maklumat tentang kepatuhan kami kepada Rangka Kerja Perisai Privasi Switzerland-Amerika Syarikat. 

November 2016

  • Di ruangan “Tempat Maklumat Anda Mungkin Didedahkan,” kami menjelaskan tanggungjawab kami terhadap tindakan pemproses dengan lebih telus. 

Ogos 2016

  • Kami menukar “Tempat Selamat” kepada “Perisai Privasi” dan memberikan maklumat tentang kepatuhan kami kepada Rangka Kerja Perisai Privasi Kesatuan Eropah-Amerika Syarikat.