Pernyataan Privasi

Kelly Services, Inc. dan anak-anak syarikatnya menghormati privasi anda dan kami maklum bahawa anda ada hak-hak yang tertentu terhadap maklumat peribadi yang kami kutip daripada anda dan kami ada kewajipan yang tertentu terhadap maklumat itu. Kelly Services menyokong semua undang-undang privasi pada peringkat antarabangsa dan tempatan, dan menyediakan prosedur untuk memenuhi syarat undang-undang tersebut. 

Pernyataan Privasi ini menyokong prinsip-prinsip privasi kami dan memberitahu anda amalan yang kami ikuti untuk mengutip, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon atau menggunakan perkhidmatan mencari pekerjaan atau mencari khidmat luar kami dan yang menjadi wakil pelanggan (termasuklah bakal pelanggan), pemberi khidmat dan pembekal kami. 

Kami galakkan anda membaca maklumat ini supaya anda memahami cara kami mengutip, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda. 

Pernyataan privasi ini juga merangkumi kumpulan syarikat kami. Setiap syarikat di dalam kumpulan ini adalah pengawal data. Nama syarikat dan maklumat tentang syarikat itu boleh didapati melalui pautan ini: Nama Syarikat dan Maklumat tentang Kelly Services, Inc. (semua sekali disebut, “Kelly Services atau “Kelly”). Oleh itu, apabila kami menyebut “Kelly Services”, “Kelly” atau “kami” dalam pernyataan privasi ini, kami merujuk kepada syarikat yang berkenaan dalam kumpulan syarikat kami yang bertanggungjawab memproses maklumat peribadi anda. Kami akan memberitahu anda entiti yang akan mengawal data peribadi anda.

Kelly Services, Inc ialah pengawal yang bertanggungjawab menguruskan soalan-soalan am dan aplikasi-aplikasi yang spekulatif. Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing: Kelly Services (Nederland) B.V., Neptunusstraat 37, 2132 JA Hoofddorp, Netherlands. 

Jika kami mengubah apa-apa sahaja yang penting di dalam pernyataan ini (maklumat yang kami kutip, cara kami menggunakannya atau sebab kami menggunakannya), kami akan menyatakan perubahan itu di ruangan Sejarah Perubahan pada penghujung Pernyataan Privasi ini dan menyediakan pautan yang nyata ke perubahan itu selama suatu tempoh yang berpatutan, selepas perubahan itu dibuat dan sebelum perubahan itu dikuatkuasakan. 

Jika anda ingin bertanya, hubungi Pegawai Perlindungan Data secara:

E-melprivacy@kellyservices.com

Surat-menyurat: Kelly Services, Inc. di Amerika Syarikat boleh dihubungi di alamat 999 W. Big Beaver Road Troy, MI 48084.

Kelly Services, Inc., di Eropah boleh dihubungi melalui anak syarikatnya, Kelly Services Management Sàrl di alamat Av. Edouard-Dubois 20, CH-2002Neuchâtel, Switzerland.

Maklumat perhubungan bagi negara-negara tambahan boleh didapati melalui pautan ini: Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc.

Maklumat Yang Kami Kutip

Kelly mengutip, menyimpan dan menggunakan data peribadi untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja, mencari pekerjaan, mencari khidmat luar dan perundingan. Kami mengutip data peribadi tentang orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon pekerjaan atau penglibatan dengan syarikat kami atau penempatan oleh kami melalui perkhidmatan kami mencari pekerja, pekerja kami dan pihak yang menjadi wakil pelanggan kami (termasuklah bakal pelanggan). Kelly tidak akan sengaja menujukan perkhidmatannya mahupun mendapatkan, menjual atau mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada kanak-kanak yang belum mencapai usia 16 tahun.

Kebanyakan data ini anda berikan sendiri kepada kami apabila anda menghubungi kami, menyerahkan permohonan, menghadiri acara pencarian pekerja, menelefon kami, bertanya tentang perkhidmatan kami atau mengadakan hubungan dengan kami sebagai pemberi khidmat luar atau pekerja.

Kami juga mengutip data tentang orang yang diambil sebagai pekerja atau yang dilibatkan oleh pelanggan kami sehubungan dengan perkhidmatan mencari khidmat luar dan perundingan yang kami sediakan untuk pelanggan tersebut.  Ini biasanya diperoleh melalui interaksi kami dengan pelanggan, pembekal dan pemberi khidmat.

Apabila anda berinteraksi dengan laman web atau aplikasi Kelly, kami mengutip data tentang interaksi anda dengan perkhidmatan tersebut, contohnya melalui cookie yang kami tempatkan pada alat yang anda gunakan itu.

Kami memberikan butir-butir selanjutnya di bawah ini tentang jenis data peribadi yang kami kutip (dan yang telah kami kutip dalam masa 12 bulan yang lepas), simpan dan gunakan, serta sebab kami menggunakan data peribadi anda. 

  • Maklumat Selanjutnya

Sebab Kami Menggunakan Maklumat Anda

Kami akan menggunakan data peribadi anda jika:

  • anda telah mengizinkan kami melakukan aktiviti pemprosesan yang berkenaan untuk tujuan yang telah kami beritahu anda. Jika demikian, anda tetap berhak menarik balik izin itu; 
  • data itu perlu untuk melaksanakan dan mematuhi kontrak pekerjaan anda atau kontrak penglibatan lain yang berkenaan dengan kami, atau untuk mengambil langkah sebelum memeterai kontrak itu atau kontrak lain dengan anda;
  • kami perlu memproses maklumat anda untuk menunaikan kewajipan undang-undang atau kawal atur (contohnya, menjalankan tugas mengikut undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial, perlindungan masyarakat, dan percukaian contohnya, untuk menunaikan kewajipan kami menurut undang-undang kesaksamaan ataupun sehubungan dengan hak berkanun bagi pesakit atau bagi ibu yang baru bersalin);
  • dalam keadaan luar biasa, maklumat ini perlu demi kepentingan asas yang berkait dengan anda ataupun dengan orang lain (contohnya, untuk mengelakkan risiko kecederaan yang parah terhadap diri anda atau orang lain); atau
  • maklumat itu perlu bagi kepentingan kami (atau kepentingan pihak ketiga) yang sah, dengan syarat kepentingan kami yang sah itu tidak terbatal oleh kepentingan atau hak anda yang memerlukan perlindungan data anda.

Kami akan menggunakan kategori data peribadi yang khas jika:

  • anda telah mengizinkannya secara nyata. Jika demikian, anda tetap berhak menarik balik izin itu;
  • kami perlu berbuat demikian untuk menunaikan kewajipan kami di sisi undang-undang (contohnya dalam konteks undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan perlindungan masyarakat) misalnya, untuk menunaikan kewajipan kami menurut undang-undang kesaksamaan ataupun sehubungan dengan hak berkanun bagi pesakit atau bagi ibu yang baru bersalin);
  • maklumat itu perlu untuk mendapatkan, melaksanakan, atau membela dakwaan undang-undang;
  • maklumat itu perlu untuk tujuan perubatan cegahan atau pekerjaan, untuk menilai kemampuan anda bekerja, untuk melakukan diagnosis perubatan, atau untuk menyediakan khidmat penjagaan kesihatan (contohnya, sehubungan dengan rujukan dan laporan Kesihatan Pekerjaan);
  • jika diperlukan atas sebab kepentingan awam yang ketara, misalnya untuk memantau peluang saksama;
  • dalam keadaan luar biasa, maklumat ini perlu demi kepentingan asas yang berkait dengan anda ataupun dengan orang lain (contohnya, untuk mengelakkan risiko kecederaan yang parah terhadap diri anda atau orang lain) dan jika anda tidak mampu memberikan izin; atau
  • jika anda sudah pun mendedahkan maklumat peribadi yang berkenaan itu kepada orang ramai.

Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan kami mengutipnya, kecuali kami dengan munasabahnya mendapati bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab lain, dan sebab itu selaras dengan tujuan yang asal. Jika kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memberitahu anda dan kami akan menerangkan kepada anda asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.

Kepentingan yang Sah

Sebagaimana yang disebutkan tadi, ada kalanya kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda jika diperlukan demi keperluan kami (atau keperluan pihak ketiga) yang sah . Ini merangkumi keadaan yang memerlukan maklumat peribadi anda digunakan untuk:

  • memastikan perjawatan atau penglibatan anda, manfaat, pengurusan perniagaan, dan kesinambungan perniagaan ditadbir dan diuruskan dengan berkesan;
  • memastikan aset kami terlindung, dirahsiakan dan tidak digunakan untuk tujuan yang tidak berpatutan ataupun yang melanggar undang-undang;
  • mencegah, mengesan, atau menyiasat penggunaan sistem kami tanpa kebenaran, dan memastikan kami mematuhi undang-undang dan dasar-dasar kami;
  • memastikan kami dapat menghubungi anda atau keluarga anda jika berlaku kecemasan;
  • menyemak sama ada anda ada hak di sisi undang-undang untuk bekerja, menguruskan prestasi, mengawal tatatertib, dan memproses kenaikan pangkat;
  • menguruskan latihan dan memenuhi keperluan pembangunan; 
  • mengekalkan pembangunan dan peningkatan produk, berserta pemasaran yang berkesan melalui hasil analisis dan pemprofilan bagi perisikan perniagaan;
  • menangani pertikaian dan kemalangan, dan menerima nasihat undang-undang atau nasihat profesional yang lain;
  • mematuhi undang-undang dan peraturan negara lain;
  • mencegah penipuan dan jenayah kewangan; dan
  • menjaga keselamatan rangkaian dan maklumat.

Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang kepentingan kami yang sah terhadap maklumat peribadi anda, hubungi Pegawai Perlindungan Data.

Kegagalan memberikan maklumat apabila dikehendaki

Kami meminta maklumat daripada anda supaya kami dapat mengambil khidmat anda sebagai pekerja atau melibatkan anda, ataupun supaya kami dapat menempatkan anda atau memadankan anda dengan jawatan kosong. Jika anda tidak memberikan maklumat yang telah kami tentukan sebagai perlu, kami mungkin tidak dapat menolong anda dengan baik untuk memenuhi permintaan anda mendapatkan pekerjaan, ditempatkan atau dipadankan dengan pekerjaan, yang akan dilakukan oleh Kelly Services.

Menyimpan Maklumat Anda

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan seberapa lama yang perlu sehubungan dengan perjanjian kami dengan anda, untuk menyampaikan khidmat yang diminta kepada anda, untuk tujuan perniagaan yang sahih ataupun untuk tujuan lain yang perlu, misalnya untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau pihak berkuasa undang-undang yang lain, ataupun jika penyimpanannya dibenarkan dengan cara lain untuk tujuan perundangan yang lain, seperti audit, keselamatan, usaha mencegah penipuan, atau memelihara dan mempertahankan hak undang-undang Kelly. 

Selain itu, pemohon pekerjaan dan seseorang yang telah tamat tugasnya akan dikekalkan di dalam himpunan pekerja Kelly supaya boleh dihubungi mengenai peluang pekerjaan yang lain. Himpunan pekerja Eropah akan menyimpan data pemohon anda selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Pekerja yang berada di luar Eropah akan disimpan sejajar dengan keperluan undang-undang tempatan tetapi dalam semua keadaan, selamat tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun. Jika berkenaan, Kelly akan membuang maklumat anda daripada himpunan pekerja ini atas permintaan yang disahkan.

  • Maklumat Selanjutnya

Tempat Maklumat Anda Mungkin Didedahkan

Kelly Services mempertanggungjawabkan pekerjanya, ejennya dan pembekalnya untuk memelihara kepercayaan yang anda letakkan pada kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda.

Bagi individu, Kelly memberikan data yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan keanggotaan pekerja dan mencari khidmat luar kepada entiti Kelly Services yang lain, pelanggan kami, pembekal kami, atau pemberi khidmat yang mungkin dilibatkan untuk menguruskan proses-proses yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan ini.

Penglibatan pelanggan, pembekal, atau pemberi khidmat akan dikawal dengan keperluan kontrak yang sewajarnya, yang melarang penggunaan maklumat anda untuk tujuan selain yang diarahkan khususnya oleh Kelly, dan mewajibkan mereka memastikan adanya mekanisme keselamatan pentadbiran dan teknikal yang secukupnya untuk mencegah maklumat anda digunakan, didedahkan, atau diperoleh dengan tidak betul.

  • Maklumat Selanjutnya

Hak Dan Pilihan Anda

Kami menghormati hak anda untuk mendapatkan dan mengawal maklumat anda. Jumlah maklumat peribadi yang perlu anda berikan apabila memohon perkhidmatan kami selaras dengan keperluan Kelly menyampaikan perkhidmatan kami kepada anda. Kelly mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.

Kami memproses data peribadi tentang anda untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini, termasuklah untuk menyampaikan perkhidmatan mencari, menempatkan dan mengambil pekerja baru, dan juga perkhidmatan mencari khidmat luar, untuk mengendalikan perniagaan kami, untuk menunaikan kewajipan kami mengikut undang-undang dan kontrak, dan untuk memenuhi kepentingan Kelly yang lain. Di kebanyakan negara, jika Kelly telah memeterai kontrak pekerjaan dengan anda, maka pemprosesan maklumat perhubungan, senarai gaji, dan manfaat adalah suatu kewajipan berkontrak atau berkanun, dan kegagalan menyerahkan maklumat untuk membolehkan pemprosesan mungkin menyekat peluang anda diambil sebagai pekerja oleh Kelly.

Anda mungkin ada hak-hak yang tertentu terhadap data peribadi anda. Sama ada hak ini ada pada anda dan cara menggunakan hak tersebut diterangkan dengan lebih terperinci di bawah ini.

  • Hak Privasi Eropah

  • Hak Privasi California

  • Hak Privasi Mexico

  • Hak Privasi yang Lain

  • Pemasaran Langsung

Cookie

Kami mencatatkan bilangan pengunjung ke ruangan-ruangan laman web kami yang berkenaan dan menjejaki pergerakan antara ruangan ini dengan menggunakan “cookie.”

Cookie ialah fail kecil data yang mengandungi maklumat yang disimpan di dalam komputer anda dan dimuat turun dengan sendiri ke dalam alat anda supaya anda dapat dikenali sebagai seseorang yang pernah mengunjungi laman web kami. Kami menggunakan cookie yang mengenal pasti pelayar atau alat anda. Apabila anda mengunjungi laman web kami, cookie ini mengutip dan menyimpan maklumat tentang cara anda menggunakannya.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cookie, jenis cookie yang kami gunakan, dan cara kami menggunakannya, lihat Dasar Cookie kami.

Melindungi Maklumat Anda

Kelly Services menjaga maklumat peribadi anda dengan cermat.

Kami sentiasa mengawasi piawaian industri tentang keselamatan maklumat, dan kami mengkaji semula amalan keselamatan fizikal, teknikal, dan organisasi kami untuk menentukan cara terbaik mencegah kehilangan, silap guna, pemindaan, kemasukan tanpa izin, pemusnahan, atau pendedahan maklumat peribadi anda.

Data peribadi yang dihantar kepada kami, sama ada secara bertulis ataupun di dalam e-mel, mungkin tidak terjamin keselamatannya semasa dalam transit dan kami tidak dapat menjamin penghantarannya.

Kata laluan mesti dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak ketiga. Kelly tidak akan meminta anda memberitahu kata laluan anda.

Pernyataan Privasi Ini Yang Kemas Kini

Kelly mungkin mengemaskinikan Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda diminta kerap membacanya.

Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini, kami akan menyiarkan versi yang telah disemak semula itu di sini dan kami akan menjelaskan perubahannya di ruangan Sejarah Perubahan.

Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini dengan ketara, kami juga mungkin memberitahu anda dengan cara lain sebelum perubahan itu dilaksanakan, misalnya dengan menyiarkan notis yang nyata tentang perubahan tersebut pada laman web kami, menyiarkan notis tentang perubahan tersebut melalui portal dalam talian kami, ataupun kami mungkin akan terus menghubungi anda.

Jika anda mahu melihat versi-versi Pernyataan Privasi ini yang lepas, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.

Cara Menghubungi Kelly

Jika anda ingin bertanya ataupun memberikan komen tentang Pernyataan Privasi ini, jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, atau jika anda percaya bahawa Kelly tidak mematuhi Pernyataan Privasi ini, sila kirimkan e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui alamat e-mel . Selain itu, anda juga boleh menghubungi Kelly Services di Amerika Syarikat di alamat:

Kelly Services, Inc.
ATTN: Privacy Officer
999 W. Big Beaver Road
Troy, MI 48084

Atau di EEA, United Kingdom atau Switzerland di alamat:

Kelly Services Management Sàrl
ATTN: Privacy Officer
Av. Edouard-Dubois 20
CH-2002
Neuchâtel
Switzerland 

Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing:

Kelly Services (Nederland) B.V.
Neptunusstraat 37
2132 JA Hoofddorp
Netherlands