Dasar Penggunaan Cookie Kelly Services, Inc. dan anak-anak syarikatnya (“Kelly Services” atau "Kelly”)

Tarikh semakan: Mei 2018 

Penggunaan Cookie di Laman Web Kelly Services 

Laman-laman web Kelly banyak menggunakan “cookie” untuk memperibadikan pengalaman dalam talian. Cookie ialah secebis data yang disimpan pada komputer atau alat mudah alih pengguna. Antara lainnya, cookie membenarkan kami menyimpan kesukaan dan tetapan anda, membolehkan anda merakam masuk, dan mengkaji prestasi laman web dan perkhidmatan kami. Cookie membenarkan kami mengenali sesuatu alat yang kembali ke laman web kami supaya kami dapat memberi anda pengalaman yang lebih selanjar, memudahkan anda menggunakan laman web Kelly, dan/atau membantu Kelly menambah baik pengalaman pengguna. Anda boleh membuat tetapan supaya pelayar memberitahu anda sebelum menerima cookie, dengan itu anda ada pilihan sama ada hendak menerimanya. Anda juga boleh membuat tetapan supaya pelayar mematikan cookie. Jika anda mematikan cookie, beberapa ruangan laman web mungkin tidak berfungsi dengan betul. 

Jenis Cookie yang Digunakan 

Cookie Asas

Cookie asas diperlukan untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan yang disediakan melalui laman-laman web Kelly, dan untuk menggunakan beberapa cirinya. Cookie asas tidak boleh dimatikan dalam sistem Kelly. Cookie asas mungkin mengutip maklumat yang tertentu, seperti alamat protokol Internet (IP), jenis pelayar, Pemberi Khidmat Internet (ISP), dan maklumat tentang tetapan pelayar. Maklumat ini tidak disimpan selepas anda menamatkan sesi. 

Anda boleh membuat tetapan supaya pelayar menyekat atau memberitahu anda tentang cookie ini tetapi sesetengah ruangan laman web mungkin tidak boleh digunakan jika cookie ini disekat. 

Cookie Prestasi

Cookie prestasi membenarkan kami mengukur dan memahami cara pengunjung menggunakan laman web kami. Ini dilakukan dengan cara mengenal pasti halaman yang paling popular dan yang paling tidak popular, dan bahagian-bahagian laman web kami yang boleh ditingkatkan prestasinya.  

Semua maklumat yang dikutip oleh cookie prestasi digabungkan dan oleh itu, tidak bernama. Jika anda tidak membenarkan cookie prestasi, kami tidak akan tahu bahawa anda telah mengunjungi laman web kami dan kami tidak akan dapat memantau prestasinya. 

Cookie Fungsi

Cookie fungsi ditempatkan pada alat anda disebabkan oleh sesuatu aktiviti atau permintaan yang anda sendiri lakukan, contohnya merakam masuk ke ruangan laman web yang tertentu, untuk memastikan laman web memberi anda pengalaman yang anda minta itu. Cookie fungsi mungkin berterusan, iaitu terus berfungsi apabila anda memulakan sesi baru, supaya anda tidak perlu merakam masuk berulang kali. Cookie fungsi juga membolehkan Kelly menjejaki dan memahami minat pengguna supaya kami dapat menambah baik pengalaman pengguna di laman web tersebut. 

Cookie fungsi juga mungkin mengutip maklumat tentang lokasi pengguna untuk memadankan kriteria pencarian pekerjaan pengguna di laman web kerjaya kami. Maklumat ini hanya akan diserahkan kepada pemberi khidmat pemetaan semata-mata untuk menyampaikan kepada pengguna khidmat mencari pekerjaan berdasarkan lokasinya. Pengguna boleh mematikan penjejakan lokasi geografi pada alatnya. Jika penjejakan lokasi dimatikan, anda tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi yang disediakan di Laman Kerjaya kami. 

Cookie Pihak Ketiga

Kelly Services dan rakan-rakan kami menggunakan cookie atau teknologi seumpamanya untuk mengkaji trend, menjalankan laman web ini, menjejaki pergerakan pengguna sekitar laman web ini, dan mengutip maklumat tentang pangkalan pengguna kami secara keseluruhannya. Cookie pihak ketiga juga digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tertentu daripada laman-laman web rakan atas permintaan pengguna. 

Rakan dan pemberi khidmat kami mungkin menggunakan cookie sesi untuk menjejaki interaksi di halaman tanpa nama pengguna. Ini menambah baik pengalaman anda menggunakan laman web tersebut. Rakan pihak ketiga kami menggunakan gambar dan skrip untuk menolong mereka menguruskan kandungan di laman web kami dengan lebih baik. 

Pihak Ketiga, yang kami ambil sebagai rakan untuk menyediakan ciri-ciri yang tertentu di laman web kami ataupun untuk memaparkan iklan berdasarkan aktiviti anda melayari web, menggunakan cookie Flash untuk mengutip dan menyimpan maklumat. Cookie Flash berbeza dengan cookie pelayar dari segi amaun data, jenis data, dan cara data disimpan. Alat pengurusan cookie yang disediakan oleh pelayar tidak akan membuang cookie Flash. Anda boleh mempelajari cara menguruskan tetapan privasi dan penyimpanan bagi cookie Flash, sepertimana yang diterangkan di bawah tajuk “Bagaimana caranya mengawal cookie?” di bawah ini. 

Rakan pihak ketiga kami tidak mengaitkan maklumat yang dikutip dengan maklumat yang boleh mengenal pasti diri pengguna kami. 

Pengguna boleh mengawal penggunaan cookie pihak ketiga dengan cara yang berikut: 

LinkedIn: Jika pengguna merakam masuk ke laman web Kelly melalui profil LinkedIn, ataupun memohon jawatan kosong melalui profil LinkedIn, maka LinkedIn akan menggunakan cookie pihak ketiga di Laman Kerjaya kami. Dasar LinkedIn dikawal oleh dasar privasi yang berasingan sama sekali. Persoalan yang berkait dengan dasar LinkedIn hendaklah ditujukan kepada entiti tersebut. Apabila anda menggunakan LinkedIn untuk merakam masuk ataupun untuk menyerahkan maklumat kepada laman-laman web kami, anda dengan sendirinya bersetuju menerima cookie pihak ketiga itu di laman web tersebut. 

Dropbox: Jika pengguna dengan relanya memuat naik dokumen melalui akaun Dropbox, maka Dropbox akan menggunakan cookie pihak ketiga di laman web kami. Dasar Dropbox dikawal oleh dasar privasi yang berasingan sama sekali. Persoalan yang berkait dengan dasar Dropbox hendaklah ditujukan kepada entiti tersebut. Apabila anda menggunakan Dropbox untuk menyerahkan maklumat kepada laman web kami, anda dengan sendirinya bersetuju menerima cookie pihak ketiga itu di Laman Kerjaya kami. 

Google Drive: Jika pengguna dengan relanya memuat naik dokumen melalui akaun Google Drive, maka Google Drive akan menggunakan cookie pihak ketiga di laman web kami. Dasar Google Drive dikawal oleh dasar privasi yang berasingan sama sekali. Persoalan yang berkait dengan dasar Google Drive hendaklah ditujukan kepada entiti tersebut. Apabila anda menggunakan Google Drive untuk menyerahkan maklumat kepada laman web kami, anda dengan sendirinya bersetuju menerima cookie pihak ketiga itu di Laman Kerjaya kami. 

Google Maps: Laman-laman web kami menyediakan maklumat geografi untuk memudahkan permohonan pekerjaan. Jika anda tidak mahu mengizinkannya, anda hanya perlu menolak gesaan pelayar untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi anda. Jika anda tidak mengizinkan penggunaan cookie Google Maps, ciri-ciri yang tertentu, seperti jarak ke tempat kerja, tidak disediakan. 

Laman-laman web Kelly juga menggunakan perkhidmatan penjejakan pihak ketiga, iaitu Google Analytics, yang menggunakan cookie untuk menjejaki maklumat tergabung yang tidak dapat mengenalkan diri pengunjung ke laman-laman web kami (versi pelayar, kawasan geografi, laluan klik, dan kadar lantunan) untuk menambah baik pengalaman pengguna akhir. 

Perhatian:  Bagi pautan ke organisasi bukan milik Kelly, Kelly Services tidak bertanggungjawab terhadap amalan privasi atau kandungan laman web sedemikian. Kami cadangkan agar anda membaca syarat penggunaan dan dasar privasi yang disediakan di laman-laman web tersebut. 

Menolak Penggunaan Cookie 

Jika anda tidak mengizinkan penggunaan cookie, anda masih boleh menggunakan laman-laman web kami, tetapi kebolehan anda menggunakan beberapa ruangan laman web itu terhad. Contohnya, anda tidak akan dapat menerima cadangan pekerjaan di laman web tersebut berdasarkan aktiviti pelayaran anda, dan laman web itu tidak dapat memperibadikan pengalaman anda. Anda masih boleh memohon pekerjaan dengan menggunakan borang permohonan pekerjaan kami, merakam masuk ke laman web dengan menggunakan LinkedIn, menyertai Komuniti Tenaga Mahir, atau melanggan Makluman Pekerjaan yang Serupa

Bagaimana caranya mengawal cookie? 

Di beberapa ruangan Laman Kerjaya Kelly, cookie Pemeribadian dan cookie Prestasi boleh dikawal dengan menandakan ataupun membatalkan persetujuan anda. 

Selain itu, anda dapat mengawal penggunaan cookie daripada tetapan pelayar. Setiap pelayar biasanya membenarkan pengguna membolehkan, melumpuhkan, menyekat, mengizinkan atau membuang cookie melalui tab tetapan, alatan atau keutamaan yang boleh didapati di dalam pelayar itu sendiri. Untuk mengemukakan soalan lain tentang pelayar yang tertentu, hubungi pasukan sokongan pelayar anda.