Kelly Services, Inc. dan anak-anak syarikatnya menghormati privasi anda dan kami maklum bahawa anda ada hak-hak yang tertentu terhadap maklumat peribadi yang kami kutip daripada anda, dan kami ada kewajipan yang tertentu terhadap maklumat itu. Kelly Services menyokong semua undang-undang privasi pada peringkat antarabangsa dan tempatan, dan menyediakan prosedur untuk memenuhi syarat undang-undang tersebut.
Pernyataan Privasi ini menyokong prinsip-prinsip privasi kami dan memberitahu anda amalan yang kami ikuti untuk mengutip, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon atau menggunakan perkhidmatan mencari pekerjaan atau mencari khidmat luar kami, dan yang menjadi wakil pelanggan (termasuklah bakal pelanggan), pemberi khidmat dan pembekal kami.
Kami galakkan anda membaca maklumat ini supaya anda memahami cara kami mengutip, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi anda.
Pernyataan privasi ini juga merangkumi kumpulan syarikat kami. Setiap syarikat di dalam kumpulan ini adalah pengawal data. Nama syarikat dan maklumat tentang syarikat itu boleh didapati melalui pautan ini: Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc. (semuanya sekali disebut, “Kelly Services” atau “Kelly”). Oleh itu, apabila kami menyebut “Kelly Services”, “Kelly” atau “kami” dalam pernyataan privasi ini, kami merujuk kepada syarikat yang berkenaan di dalam kumpulan syarikat kami yang bertanggungjawab memproses maklumat peribadi anda. Kami akan memberitahu anda entiti yang akan menjadi pengawal data peribadi anda.
Kecuali dinyatakan sebaliknya, Kelly Services, Inc. ialah pengawal yang bertanggungjawab menguruskan soalan-soalan am dan permohonan spekulatif. Syarikat-syarikat di dalam kumpulan ini yang tersenarai tadi yang tidak bertempat di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom atau Switzerland juga boleh dihubungi melalui wakil mereka masing-masing sebagaimana yang tersenarai di bawah ini di ruangan Cara Menghubungi Kelly.
Jika kami mengubah apa-apa sahaja yang penting di dalam pernyataan ini (maklumat yang kami kutip, cara kami menggunakannya, atau sebab kami menggunakannya), kami akan menyatakan perubahan itu di ruangan Sejarah Perubahan pada penghujung Pernyataan Privasi ini, dan menyediakan pautan yang nyata ke perubahan itu selama suatu tempoh yang berpatutan, selepas perubahan itu dibuat dan sebelum perubahan itu dikuatkuasakan.
Jika anda ingin bertanya, hubungi Pegawai Perlindungan Data secara:
E-mel: privacy@kellyservices.com
Surat-menyurat: Kelly Services, Inc. di Amerika Syarikat boleh dihubungi di alamat 999 W. Big Beaver Road Troy, MI 48084.
Maklumat perhubungan tentang negara-negara lain boleh didapati melalui pautan ini: Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc..
Kelly mengutip, menyimpan dan menggunakan data peribadi untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja, mencari pekerjaan, mencari khidmat luar dan perundingan. Kami mengutip data peribadi tentang orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon pekerjaan atau penglibatan dengan syarikat kami, atau penempatan oleh kami melalui perkhidmatan kami mencari pekerja, pekerja kami dan yang menjadi wakil pelanggan kami (termasuk bakal pelanggan). Kelly tidak akan sengaja menyampaikan perkhidmatannya mahupun mendapatkan, menjual atau mendedahkan maklumat tentang kanak-kanak yang belum mencapai usia 16 tahun.
Kebanyakan data ini anda berikan sendiri kepada kami apabila anda menghubungi kami, menyerahkan permohonan, menghadiri acara pencarian pekerja, menelefon kami, bertanya tentang perkhidmatan kami, atau mengadakan hubungan dengan kami sebagai pemberi khidmat luar atau pekerja.
Kami juga mengutip data tentang orang yang diambil sebagai pekerja atau yang dilibatkan oleh pelanggan kami sehubungan dengan perkhidmatan mencari khidmat luar dan perundingan yang kami sediakan untuk pelanggan tersebut. Ini biasanya diperoleh melalui interaksi kami dengan pelanggan, pembekal dan pemberi khidmat.
Apabila anda berinteraksi dengan laman web atau aplikasi Kelly, kami mengutip data tentang interaksi anda dengan perkhidmatan tersebut, contohnya melalui cookie yang kami tempatkan pada alat yang anda gunakan itu.
Kami memberikan butir-butir selanjutnya di bawah ini tentang jenis data peribadi yang kami kutip (dan yang telah kami kutip dalam tempoh 12 bulan sebelumnya), simpan dan gunakan, serta sebab kami menggunakan data peribadi anda.
Kami mungkin mengutip, menyimpan dan menggunakan pelbagai jenis Data Peribadi, bergantung pada perkhidmatan yang berkenaan, misalnya unsur data yang berikut:
Kami juga mungkin mengutip, menyimpan dan menggunakan Data Kategori Khas/Maklumat Peribadi yang Sensitif yang berikut:
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Pengambilan Pekerja, Data Prestasi dan Pekerjaan, Ciri-ciri Pengelasan Terlindung, Data Kewangan, Data Manfaat, Data Media Sosial, Kesimpulan dan Maklumat Peribadi yang Sensitif, misalnya Data Penyaringan, Data Demografi, Data Kesihatan dan Data Biometrik.
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk mewujudkan, menguruskan dan mengendalikan hubungan dengan calon, untuk menilai kesesuaian bekerja, untuk memadankan calon dengan jawatan kosong, untuk merujukkan seseorang sebagai pekerja bagi salah satu pelanggan kami, untuk mengambil seseorang sebagai pekerja dan untuk menguruskan hubungan pekerjaan. Kami juga menggunakannya untuk mematuhi kewajipan undang-undang sebagai majikan sehubungan dengan kontrak pekerjaan, untuk menunaikan kewajipan apabila kami bertindak sebagai majikan, agensi pekerjaan, pencari pekerja, pengambil pekerja, agensi pencarian khidmat luar atau agensi perundingan dan untuk mematuhi kewajipan kami yang lain menurut undang-undang pekerjaan yang berkenaan. Selain itu, kami menggunakannya untuk mengesan dan mencegah pelanggaran dasar, menyokong usaha keselamatan siber, mengendalikan litigasi atau penyiasatan dan berhubung semasa kecemasan.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat daripada Pelanggan dan Pihak Ketiga
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengelasan dan Perhubungan, Data Pengambilan Pekerja, Data Prestasi dan Pekerjaan, Data Kewangan, Ciri-ciri Pengelasan Terlindung dan Maklumat Peribadi yang Sensitif, misalnya Data Demografi atau Data Kesihatan.
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk menyampaikan perkhidmatan pembekalan pekerja, perundingan, pencarian khidmat luar dan pengurusan vendor serta untuk tujuan pentadbiran kakitangan dan operasi. Data ini dapat menguruskan hubungan pekerjaan atau penggunaan khidmat luar, mengesan atau mencegah tingkah laku yang tidak berpatutan atau pelanggaran dasar, menjamin keselamatan sistem dan sumber serta menganalisis dan memperbaik perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Data Peribadi yang Sensitif
Data Peribadi yang Kami Kutip: Dokumen Pengenalan yang Dikeluarkan oleh Kerajaan, Data Penyaringan, Data Kesihatan, Data Demografi, Data Kewangan dan Data Biometrik.
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk mematuhi statut, kaedah dan peraturan yang berhubung dengan peluang pekerjaan yang saksama dan keperluan pelaporan, untuk mengendalikan bayaran, manfaat dan perkhidmatan kesihatan, untuk menjamin kesihatan dan keselamatan tempat kerja, untuk menilai kesesuaian bekerja berserta langkah perlindungan kerahsiaan yang berpatutan, untuk mengubahsuaikan tempat kerja dengan berpatutan, untuk menguruskan cuti sakit dan mengehadkan kemasukan ke lokasi-lokasi yang terjamin selamat atau untuk tujuan menjaga masa. Selain itu, kami mematuhi undang-undang pekerjaan, keselamatan sosial dan perlindungan sosial. Mengikut Akta Privasi Pengguna California (CCPA) dan Akta Hak Privasi California (CPRA) (“Undang-undang Privasi California”), kami hanya mengutip dan menggunakan Maklumat Peribadi yang Sensitif untuk beberapa tujuan yang tertentu sahaja.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat daripada Orang yang Mewakili Organisasi
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk menyediakan dan menguruskan khidmat penempatan kakitangan, perundingan, pencarian khidmat luar dan pengurusan vendor, untuk menjalinkan dan memelihara hubungan perniagaan, untuk menyampaikan komunikasi acara dan pemasaran dan untuk memperbaik dan menghasilkan perkhidmatan baharu.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat tentang Aktiviti Rangkaian Elektronik
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Teknikal dan Lokasi, Cookie dan Data Seumpamanya atau Data Pemantauan
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk mengenal pasti masalah pada laman web atau aplikasi yang digunakan itu, untuk menguruskan dan mentadbir sistem IT dan alat, untuk memantau penggunaan dan fungsi laman web, untuk menjaga keselamatan sistem IT dengan cara memantau dan bertindak menangani ancaman keselamatan siber, dan untuk tujuan yang diterangkan dengan lebih terperinci dalam Dasar Penggunaan Cookie kami. Sesetengah fungsi laman web membenarkan penggunaan alat pengesahan pihak ketiga (contohnya Facebook, Twitter, Google) untuk mengisi ruang maklumat. Apabila anda menggunakan alat-alat seumpama ini, anda membenarkan kami menerima data peribadi yang mungkin ditambah pada profil anda. Semua sistem IT boleh diaudit dan dipantau jika perlu sambil menepati kehendak privasi yang berpatutan.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat Komunikasi
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Komunikasi
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk bertindak menangani masalah atau kekhuatiran, untuk memantau komunikasi atas sebab kualiti dan latihan, untuk menghasilkan perkhidmatan baharu, untuk memperbaik perkhidmatan yang ada berdasarkan maklum balas, untuk memperibadikan perkhidmatan dan untuk membuat pendedahan yang perlu mengikut permintaan undang-undang.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat Penyaringan
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Penyaringan
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk mengesahkan identiti seseorang, sebagai perlindungan terhadap penipuan dan aktiviti jenayah yang lain, untuk menyediakan, menguruskan dan menyampaikan perkhidmatan, untuk melakukan analisis statistik dan penyelidikan, dan untuk mewujudkan profil yang menyeluruh agar dapat memperibadikan perkhidmatan dengan lebih baik.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat Sampingan daripada Sumber Lain
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Komunikasi
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk mengekalkan kesedaran dalam pasaran, untuk membina dan mengekalkan kehadiran dalam media sosial dan penjenamaan, dan untuk menjaga keselamatan premis.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Maklumat daripada Profil Media Sosial Awam dan Laman Web Pekerjaan
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Pengambilan Pekerja atau Data Media Sosial
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami menggunakan data peribadi ini untuk menilai kesesuaian bekerja, untuk memadankan calon dengan jawatan, untuk menghubungi seseorang mengenai peluang pekerjaan dan untuk merujukkan calon pekerja kepada pelanggan.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Laporan Pendedahan Maklumat, Aduan dan Sasatan
Data Peribadi yang Kami Kutip: Data Pengenalan dan Perhubungan, Data Prestasi dan Pekerjaan atau Data Kategori Khas.
Mengapa Kami Menggunakannya: Kami memproses data ini untuk memudahkan kami menerima, menyiasat dan menyelesaikan laporan pendedahan maklumat, aduan am dan siasatan dalaman yang berkait dengan salah laku, pencabulan dasar dalaman atau pelanggaran kewajipan undang-undang atau peraturan yang mungkin berlaku. Ini merangkumi langkah menangani laporan secara sulit, melindungi pendedah maklumat daripada tindakan balasan dan memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami juga menggunakan data ini untuk menunaikan kewajipan undang-undang dan peraturan, untuk menjaga keutuhan operasi perniagaan kami dan untuk menyokong penyiasatan.
Asas Undang-undang untuk Memproses
Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang kepentingan kami yang sah terhadap maklumat peribadi anda, hubungi Pegawai Perlindungan Data.
Kegagalan memberikan maklumat apabila dikehendaki
Kami meminta maklumat daripada anda supaya kami dapat mengambil khidmat anda sebagai pekerja atau melibatkan anda, ataupun supaya kami dapat menempatkan anda atau memadankan anda dengan jawatan kosong. Jika anda tidak memberikan maklumat yang telah kami tentukan sebagai perlu, kami mungkin tidak dapat menolong anda dengan baik untuk memenuhi permintaan anda mendapatkan pekerjaan, ditempatkan atau dipadankan dengan pekerjaan, yang akan dilakukan oleh Kelly Services.
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan seberapa lama yang perlu sehubungan dengan perjanjian kami dengan anda, untuk menyampaikan khidmat yang diminta kepada anda, atas sebab rasmi yang sah ataupun untuk tujuan lain yang perlu, misalnya untuk mematuhi undang-undang, peraturan atau pihak berkuasa undang-undang yang lain, ataupun jika penyimpanannya dibenarkan dengan cara lain untuk tujuan perundangan yang lain, seperti audit, keselamatan, usaha mencegah penipuan atau memelihara dan mempertahankan hak undang-undang Kelly.
Selain itu, pemohon pekerjaan dan orang lain yang sudah tamat tugasnya akan dikekalkan di dalam himpunan pekerja mahir Kelly supaya dapat dihubungi semula mengenai peluang pekerjaan yang lain. Mereka yang bertempat di luar Eropah akan dikekalkan sejajar dengan keperluan undang-undang tempatan tetapi dalam apa-apa keadaan pun, tidak melebihi sepuluh tahun kecuali diwajibkan oleh undang-undang. Jika berkenaan, Kelly akan mengeluarkan maklumat anda daripada himpunan pekerja mahir ini atas permintaan yang disahkan. Himpunan pekerja mahir di Eropah akan menyimpan data pemohon tanpa melebihi tiga tahun.
Disebabkan pelbagai kewajipan kami untuk menyimpan rekod, maka tempoh penyimpanan mungkin berbeza-beza. Contohnya, kami akan menyimpan sesalinan butir-butir perhubungan anda jika anda membantah atau mengecualikan diri daripada senarai penerima komunikasi pemasaran langsung kami. Kami akan memasukkan butir-butir diri anda ke dalam senarai sekatan kami supaya anda tidak menerima sebarang komunikasi daripada kami pada masa depan. Selain itu, kami tidak akan menghapuskan data peribadi jika data itu berkenaan dengan sesebuah siasatan atau pertikaian. Data itu akan terus disimpan sehingga masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya.
Kami akan menggunakan kriteria yang berikut untuk menentukan tempoh penyimpanan:
Dalam apa jua keadaan, kami akan terus melindungi data peribadi anda menurut syarat Pernyataan Privasi ini. Kami juga akan memperbaharui maklumat kami dari semasa ke semasa untuk memastikan maklumat itu sentiasa kemas kini.
Kelly Services mempertanggungjawabkan pekerjanya, ejennya dan pembekalnya untuk menjaga kepercayaan yang anda letak pada kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda.
Bagi individu, Kelly memberikan data yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan keanggotaan pekerja dan mencari khidmat luar kepada entiti Kelly Services yang lain, pelanggan kami, pembekal kami, atau pemberi khidmat yang mungkin dilibatkan untuk menguruskan proses-proses yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan ini.
Penglibatan pelanggan, pembekal, atau pemberi khidmat akan dikawal dengan keperluan kontrak yang sewajarnya, yang melarang penggunaan maklumat anda untuk tujuan selain yang diarahkan khususnya oleh Kelly, dan mewajibkan mereka memastikan adanya mekanisme keselamatan pentadbiran dan teknikal yang secukupnya untuk mencegah maklumat anda digunakan, didedahkan, atau diperoleh dengan tidak betul.
Untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan mencari pekerjaan dan mencari khidmat luar yang anda minta, atau untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan keanggotaan pekerja, mencari khidmat luar, dan perundingan, kami mungkin memberikan data peribadi anda kepada:
Pada setiap masa, Kelly menyerahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga ini hanya untuk tujuan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, dan untuk tujuan mencari khidmat luar.
Kami juga menyerahkan maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga lain yang tertentu. Ini kami lakukan sama ada apabila anda mengizinkannya anda ataupun kerana kami memerlukan mereka melihat maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan kepada anda atau atas salah satu tujuan lain yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini. Antaranya ialah pihak berkuasa percukaian, agensi rujukan kredit, pangkalan data dan agensi pencegah penipuan, dan agensi penyaringan.
Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke organisasi pihak ketiga yang lain dalam keadaan yang tertentu:
Laman web, aplikasi atau perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga atau menghalakan anda ke pelantar pihak ketiga sebagai suatu tawaran kami. Pernyataan Privasi ini tidak merangkumi amalan, kandungan atau dasar mana-mana pihak ketiga. Setelah anda meninggalkan laman web kami atau berinteraksi dengan perkhidmatan pihak ketiga, apa-apa maklumat yang anda berikan itu terkawal oleh dasar-dasar privasi mereka dan bukan kami. Kami sangat menggalakkan anda agar membaca dasar privasi mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga sebelum memberi mereka maklumat peribadi anda.
Kami menghormati hak anda untuk mendapatkan dan mengawal maklumat anda. Jumlah maklumat peribadi yang perlu anda berikan apabila memohon perkhidmatan kami selaras dengan keperluan Kelly menyampaikan perkhidmatan kami kepada anda. Kelly mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.
Kami memproses data peribadi tentang anda untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini, termasuklah untuk menyampaikan perkhidmatan mencari, menempatkan dan mengambil pekerja baru, dan juga perkhidmatan mencari khidmat luar, untuk mengendalikan perniagaan kami, untuk menunaikan kewajipan kami mengikut undang-undang dan kontrak, dan untuk memenuhi kepentingan Kelly yang lain. Di kebanyakan negara, jika Kelly telah memeterai kontrak pekerjaan dengan anda, maka pemprosesan maklumat perhubungan, senarai gaji, dan manfaat adalah suatu kewajipan berkontrak atau berkanun, dan kegagalan menyerahkan maklumat untuk membolehkan pemprosesan mungkin menyekat peluang anda diambil sebagai pekerja oleh Kelly.
Anda mungkin ada hak-hak yang tertentu terhadap data peribadi anda. Sama ada hak ini ada pada anda dan cara menggunakan hak tersebut diterangkan dengan lebih terperinci di bawah ini.
Hak Privasi Eropah: Bagi anda yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data di negara anda dan jika berkenaan, anda mempunyai hak-hak yang berikut:
Anda berhak membantah pemprosesan data peribadi anda oleh Kelly jika hal ini didasarkan pada kepentingan Kelly (atau kepentingan pihak ketiga) yang sah. Anda boleh mempertikaikan kebergantungan kami pada kepentingan yang sah. Walau bagaimanapun, kami mungkin berhak meneruskan pemprosesan data peribadi anda berdasarkan kepentingan kami yang sah atau jika hal ini berkenaan dengan dakwaan perundangan. Anda juga berhak membantah jika kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
Anda berhak mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data, khususnya di Negara Ahli di Kesatuan Eropah (atau United Kingdom dan Switzerland, jika berkenaan) yang biasanya anda diami, yang menjadi pangkalan kami, atau yang menjadi tempat perlanggaran undang-undang Perlindungan Data itu dikatakan berlaku.
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan menarik balik izin, membantah pemprosesan, atau memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Hak Privasi California: Bagi sesiapa yang berada di California, Kelly komited terhadap hak anda mengikut Akta Privasi Pengguna California (CCPA) dan Akta Hak Privasi California (CPRA) (“Undang-undang Privasi California”) dan mahu memastikan anda sedar, jika berkenaan, bahawa anda mempunyai hak-hak yang berikut:
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baharu atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Melaksanakan Hak Privasi California Anda
Untuk melaksanakan mana-mana hak yang diberikan menurut Undang-undang Privasi California, gunakan salah satu kaedah yang berikut:
Harap maklum bahawa Kelly mungkin memerlukan maklumat untuk mendapatkan kepastian mengenai identiti anda sebelum mengesahkan permintaan anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, kami mungkin menolak permintaan anda jika dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
Hak Privasi Mexico: Kelly Services México, S.A. de C.V., serta anak-anak syarikatnya di Mexico, selepas ini disebut “KELLY”, yang bertempat di Ave.Niños Héroes Number 1555, interior 103, Moderna Neighborhood, Zip Code 44190, Guadalajara, Jalisco, dan mempunyai laman web di www.kellyservices.com.mx bertanggungjawab terhadap penggunaan data peribadi am, kewangan, patrimoni, atau sensitif yang telah anda berikan ataupun yang mungkin akan anda berikan disebabkan hubungan pekerjaan anda dengan Kelly, atau disebabkan permohonan pekerjaan yang anda serahkan, jika ada, selaras dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Undang-undang Persekutuan Mexico bagi Perlindungan Data Peribadi Tentang Pihak-pihak Persendirian (“LFPDPPP”).
Anda berhak mengehadkan penggunaan atau pendedahan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak diperlukan bagi hubungan perundangan kita, supaya anda tidak menerima tawaran pekerjaan atau mesej promosi daripada KELLY yang dihantar ke nombor telefon, nombor telefon mudah alih, dan/atau alamat e-mel anda. Untuk menyatakan keengganan anda menerima jenis mesej ini melalui e-mel, kirimkan permintaan itu ke alamat e-mel yang berikut: ARCO@kellyservices.com. Selain perkara yang disebutkan tadi, harap maklum bahawa pada bila-bila masa, anda boleh menarik balik persetujuan anda membenarkan kami menggunakan data peribadi anda jika anda mengirimkan e-mel ke ARCO@kellyservices.com.
Selaras dengan LFPDPPP, anda berhak mendapatkan data peribadi anda yang ada pada KELLY dan juga mendapatkan butir-butir tentang penggunaannya, membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap, membatalkan data yang anda anggap sebagai berlebihan atau tidak perlu bagi tujuan yang menyebabkan data itu dikutip, atau membantah penggunaannya bagi tujuan yang tertentu (hak ARCO).
Untuk membenarkan KELLY memproses permintaan anda, e-mel permintaan itu harus mengandungi maklumat yang berikut: (i) salinan dokumen pengenalan bergambar yang rasmi (IFE, pasport terbaru, sijil profesional, atau kad tentera), (ii) nama penuh, (iii) alamat terbaru yang lengkap, (iv) nombor talian tetap dan/atau mudah alih, dan (v) sebab meminta Kelly mendapatkan (apabila anda mahu Kelly memberitahu anda tentang kewujudan data peribadi anda); membetulkan (apabila anda mahu Kelly membetulkan data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap); membatalkan (apabila anda mahu Kelly membuang sebahagian atau semua data peribadi anda); atau membantah (apabila anda mahu Kelly berhenti menggunakan data peribadi anda).
Jika permintaan anda diluluskan, maka menurut syarat LFPDPPP, data peribadi anda akan dipulangkan secara percuma, dan anda hanya perlu membayar kos kiriman pos, ataupun kos membuat salinan atau menghasilkan format-format lain. Permintaan anda akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 20 (dua puluh) hari.
Jika anda merasakan bahawa hak anda terhadap privasi data telah dicabuli oleh kelakuan pekerja, ataupun oleh tindakan atau jawapan kami, ataupun anda percaya bahawa peruntukan yang ditetapkan oleh LFPDPPP berkenaan penggunaan data peribadi anda telah dilanggar, maka anda boleh mengemukakan aduan atau tuntutan kepada Institut Pencapaian Maklumat dan Perlindungan Data Persekutuan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, lihat https://home.inai.org.mx/?page_id=3374.
Hak Privasi yang Lain: Di bawah undang-undang beberapa bidang kuasa, anda mungkin berhak memohon maklumat tambahan tentang data peribadi yang kami kutip, mendapatkan data peribadi yang kami proses, membetulkan kesilapan atau data yang tertinggal, menghapuskan data peribadi, ataupun membantah atau mengehadkan pemprosesan selanjutnya. Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data yang dikenakan, dan akan menghormati permintaan hak individu di bawah undang-undang tersebut.
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang disampaikan kepada anda oleh Kelly, maka permintaan melaksanakan hak-hak tertentu boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin juga mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Pemindahan Maklumat yang Kami Kutip pada Peringkat Antarabangsa
Kami mengutip maklumat di seluruh dunia dan mungkin memindahkan, memproses dan menyimpan maklumat anda di luar negara kediaman anda, ke mana-mana sahaja kami atau pemberi khidmat pihak ketiga kami beroperasi, untuk tujuan menyampaikan perkhidmatan kepada anda. Apabila kami memindahkan maklumat anda, kami mengambil langkah untuk melindunginya.
Pemindahan Antarabangsa di dalam lingkungan Kelly Services: Untuk memudahkan operasi global kami, kami memindahkan maklumat ke merata dunia dan membenarkan maklumat itu diambil daripada negara-negara yang ada operasi syarikat yang dimiliki atau yang dikendalikan oleh Kelly, untuk tujuan yang diterangkan dalam pernyataan privasi ini. Negara-negara ini mungkin tidak menggunakan undang-undang perlindungan privasi dan data yang setara dengan undang-undang di negara kediaman pelanggan dan pengguna kami. Apabila kami mendedahkan maklumat mengenai anda di dalam lingkungan dan dalam kalangan Kelly Services, kami menggunakan pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk kontrak seperti fasal standard perlindungan data berkontrak, yang telah diluluskan dan diterbitkan oleh Suruhanjaya Eropah di bawah Keputusan Pelaksanaan Suruhanjaya 2021/914, untuk melindungi pemindahan maklumat yang kami kutip daripada Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom (“UK”) dan Switzerland.
Pemindahan Antarabangsa kepada Pihak Ketiga: Beberapa pihak ketiga yang diperihalkan dalam pernyataan privasi ini, jika perkhidmatan disampaikan secara berkontrak, berpangkalan di negara-negara lain yang mungkin tidak menggunakan undang-undang perlindungan privasi dan data yang setara dengan undang-undang di negara kediaman anda. Apabila kami mendedahkan maklumat orang yang diperihalkan di Kawasan Ekonomi Eropah, UK atau Switzerland, kami menggunakan fasal standard perlindungan data berkontrak yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah atau mekanisme undang-undang lain yang bersesuaian untuk melindungi pemindahan tersebut.
Notis Rangka Kerja Privasi Data
Untuk memastikan bahawa pemindahan maklumat peribadi dari Kesatuan Eropah, United Kingdom atau Switzerland ke Amerika Syarikat dilakukan dengan selamat dan patuh, Kelly menyertai Rangka Kerja Privasi Data Kesatuan Eropah-Amerika Syarikat (EU-U.S. DPF), termasuk Lanjutan UK pada EU-U.S. DPF dan Rangka Kerja Privasi Data Switzerland-Amerika Syarikat (semuanya disebut sebagai “DPF”). Jika timbul percanggahan antara syarat Pernyataan Privasi ini dengan DPF, maka Prinsip-prinsip DPF akan diutamakan.
Sebagai peserta program-program ini, Kelly memperakukan sendiri komitmennya yang berterusan setiap tahun untuk mendukung Prinsip-prinsip DPF bagi semua data yang diterima dari Kesatuan Eropah, UK (dan Gibraltar) atau Switzerland yang diliputi oleh DPF ini, dan berserah kepada kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat. Untuk mengetahui lagi tentang Rangka Kerja Privasi Data dan untuk melihat perakuan kami, pergi ke Laman Web Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.
Kelly membolehkan setiap orang menyelesaikan aduan atau membuat pertanyaan terus dengan syarikat, iaitu dengan cara menghubungi privacy@kellyservices.com ataupun dengan menggunakan kaedah-kaedah lain yang diterangkan di dalam bahagian bertajuk, Cara Menghubungi Kelly.
Jika ada pertikaian yang tidak boleh diselesaikan terus dengan syarikat, Kelly bersetuju memberikan laluan kepada sebuah badan penyelesaian pertikaian yang bebas, yang dibentuk khususnya untuk menangani aduan yang berkaitan dengan privasi oleh orang yang diperihalkan oleh data tersebut di Kesatuan Eropah dan jika berkenaan, di United Kingdom atau Switzerland, secara percuma.
Dalam keadaan yang tertentu, yang diterangkan dengan lebih lengkap pada laman web Rangka Kerja Privasi Data, termasuk apabila prosedur penyelesaian pertikaian yang lain telah dicuba semuanya, anda boleh menggunakan penimbangtaraan yang mengikat.
Selain itu, kami tetap boleh dipertanggungjawabkan di bawah Prinsip-prinsip DPF jika pemproses kami memproses data peribadi dengan cara yang tidak selaras dengan Prinsip-prinsip DPF, melainkan kami menunjukkan bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap pemprosesan tanpa izin itu.
Pemasaran Langsung: Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan maklumat perhubungan anda untuk menghantar anda maklumat terkini melalui e-mel yang memberitahu anda tentang peluang atau perkhidmatan yang berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, contohnya pekerjaan di dalam pangkalan data kami yang sepadan dengan kriteria pilihan anda.
Pada ketika kami memohon maklumat peribadi tentang diri anda, laman kami juga memberi anda peluang memilih jenis komunikasi yang ingin anda terima. Jika interaksi anda dengan Kelly Services menyebabkan anda terdaftar sebagai penerima berbilang perkhidmatan atau sumber, maka anda mungkin perlu mengecualikan diri daripada setiap perkhidmatan itu satu persatu. Melainkan diberi kuasa oleh seseorang atau seperti yang dikenal pasti dalam Pernyataan Privasi ini, nombor telefon dan persetujuan melalui SMS tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga, vendor atau mana-mana entiti lain untuk tujuan pemasaran.
Anda boleh mengecualikan diri daripada senarai penerima bahan pemasaran langsung kami pada bila-bila masa. Setiap komunikasi pemasaran akan memberikan arahan tentang cara mengecualikan diri daripada senarai penerima e-mel seperti ini, yang dihantar oleh perkhidmatan atau sumber yang berdaftar itu. Anda juga boleh mengecualikan diri dengan cara menghubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com atau dengan cara mengubah tetapan komunikasi yang dikaitkan dengan akaun anda.
Kami memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai bidang perniagaan kami untuk menyampaikan perkhidmatan yang ditingkatkan dan kecekapan yang lebih tinggi kepada pekerja, pelanggan dan tenaga mahir kami. Penggunaan AI mungkin merangkumi bidang-bidang yang berikut:
Kami telah mengawal atur penggunaan AI secara dalaman melalui dasar dan prosedur kami, mematuhi undang-undang AI yang berkenaan dan memastikan penyeliaan oleh manusia dalam keadaan yang melibatkan hal-hal penting. Jika kami menawarkan layanan secara dialog AI, kami akan mendedahkan penglibatan AI dengan jelas.
Jika anda ingin mengemukakan soalan, kejadian buruk atau permintaan yang berkait dengan AI, sila hubungi: privacy@kellyservices.com
Kami menggunakan “cookie” atau teknologi penjejakan seumpamanya untuk menambah baik pengalaman anda melayari web.
Cookie ialah fail kecil data berisi maklumat yang ditempatkan pada alat anda apabila anda mengunjungi sesuatu laman web. Cookie boleh mengecam pengunjung ulangan ke sesuatu laman web dan menghantarkan data balik ke laman web asal atau ke laman web lain yang mengecam cookie yang sama. Data ini mungkin merangkumi Data Teknikal dan Lokasi, Cookie dan Data Seumpamanya serta Data Komunikasi (seperti yang ditakrifkan di atas ini). Teknologi ini sering digunakan untuk meningkatkan fungsi laman web, menambah baik pengalaman pengguna dan memberikan maklumat kepada pemilik laman web. Kami mengutip jenis cookie yang berikut:
Perlu: Cookie ini diperlukan untuk membolehkan laman web dan aplikasi digunakan, dengan cara mendayakan fungsi-fungsi asas seperti pemanduan arah halaman, pengawalan keselamatan dan kebolehcapaian. Laman web tidak boleh berfungsi dengan betul tanpa cookie ini dan jika anda menyahdayakannya dengan cara mengubah tetapan pelayar, fungsi laman web mungkin terjejas.
Kesukaan: Cookie ini membolehkan laman web mengingati maklumat yang mengubah perjalanan laman web, misalnya bahasa yang dipilih.
Statistik: Cookie ini menolong kami memahami interaksi antara pengunjung dengan laman web.
Pemasaran: Cookie ini mungkin menjejaki pengunjung di beberapa laman web dan digunakan untuk memaparkan iklan yang berkenaan kepada pengguna laman web itu.
Di bawah undang-undang privasi yang tertentu, pengutipan data melalui cookie pihak ketiga untuk tujuan periklanan tingkah laku atau silang konteks mungkin dianggap sebagai “penjualan” atau “pendedahan” maklumat peribadi. Untuk mengubah tetapan cookie atau mengecualikan diri daripada Penjualan atau Pendedahan maklumat peribadi anda, pergi ke laman web kami dan klik pautan Jangan Jual atau Dedahkan Maklumat Saya; tajuk rentang persetujuan menerima cookie akan muncul. Di sini, anda boleh memilih cookie yang ingin anda dayakan (jika ada). Untuk mengecualikan diri daripada Penjualan atau Pendedahan Data Peribadi, pilih “Tidak benarkan” pada tajuk rentang persetujuan menerima cookie itu. Ini akan memastikan bahawa laman web tersebut tidak akan mengutip cookie yang tidak perlu. Anda juga boleh mengubah tetapan privasi pada pelayar anda dengan cara membolehkan Kawalan Privasi Global. Jika Kawalan Privasi Global didayakan untuk mengecualikan diri daripada Penjualan atau Pendedahan Data Peribadi, laman-laman web Kelly akan mengesan isyarat ini.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cookie, jenis cookie yang kami gunakan, dan cara kami menggunakannya, lihat Dasar Cookie kami.
Kelly Services menjaga maklumat peribadi anda dengan cermat. Kami sentiasa mengawasi piawaian industri tentang keselamatan maklumat, dan kami mengkaji semula amalan keselamatan fizikal, teknikal, dan organisasi kami untuk menentukan cara terbaik mencegah kehilangan, silap guna, pemindaan, kemasukan tanpa izin, pemusnahan, atau pendedahan maklumat peribadi anda. Data peribadi yang dihantar kepada kami, sama ada secara bertulis ataupun di dalam e-mel, mungkin tidak terjamin keselamatannya semasa dalam transit dan kami tidak dapat menjamin penghantarannya. Kata laluan mesti dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak ketiga. Kelly tidak akan meminta anda memberitahu kata laluan anda.
Kelly mungkin mengemaskinikan Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda diminta kerap membacanya.
Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini, kami akan menyiarkan versi yang telah disemak semula itu di sini dan kami akan menjelaskan perubahannya di ruangan Sejarah Perubahan.
Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini dengan ketara, kami juga mungkin memberitahu anda dengan cara lain sebelum perubahan itu dilaksanakan, misalnya dengan menyiarkan notis yang nyata tentang perubahan tersebut pada laman web kami, menyiarkan notis tentang perubahan tersebut melalui portal dalam talian kami, ataupun kami mungkin akan terus menghubungi anda.
Jika anda mahu melihat versi-versi Pernyataan Privasi ini yang lepas, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.
Jika anda ingin bertanya ataupun memberikan komen tentang Pernyataan Privasi ini, jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, atau jika anda percaya bahawa Kelly tidak mematuhi Pernyataan Privasi ini, sila kirimkan e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui alamat e-mel . Selain itu, anda juga boleh menghubungi Kelly Services di Amerika Syarikat di alamat:
Kelly Services, Inc.
ATTN: Privacy Officer
999 W. Big Beaver Road
Troy, MI 48084
Untuk mencari entiti Kelly di negara atau kawasan anda, rujuk Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc.
Atau di EEA, United Kingdom atau Switzerland di alamat:
Kelly Services Management Sàrl
ATTN: Privacy Officer
Av. Edouard-Dubois 20
CH-2002
Neuchâtel
Switzerland
Syarikat-syarikat di dalam kumpulan ini yang tersenarai yang tidak bertempat di Kawasan Ekonomi Eropah, United Kingdom atau Switzerland juga boleh dihubungi melalui wakil mereka masing-masing.
Kawasan Ekonomi Eropah: Kelly Managed Services (Nederland), B.V.,
Neptunusstraat 37,
2132 JA Hoofddorp,
Netherlands.
United Kingdom: Kelly OCG UK Ltd,
2a Hollinswood Court,
Stafford Park 1, Telford,
United Kingdom TF3 3DE.
Switzerland Kelly Services Management Sàrl at Av. Edouard-Dubois 20,
CH-2002 Neuchâtel,
Switzerland.
Mac 2025
Disember 2024
Julai 2024
April 2024
September 2023
Mac 2023
Februari 2021
Julai 2019
Mac 2019
Mei 2018
April 2017
November 2016
Ogos 2016